Edits Dikemaskini Dengan Ciri Muzik, Keyframes Dan Kesan Suara Baharu

2 days ago

Edits Dikemaskini Dengan Ciri Muzik, Keyframes Dan Kesan Suara Baharu
Meta menambah baik dengan beberapa ciri baharu bagi meningkatkan keupayaan pencipta kandungan. Ciri pertama ialah fungsi penemuan muzik bebas royalti membolehkan pengguna memilih lagu tanpa perlu risau tentang isu pelesenan atau kehilangan hasil monetisasi. Senarai muzik kini menampilkan tab Royalty Free sebagai pilihan tambahan dalam pelayar muzik sedia ada..

Selain itu, ciri suntingan keyframe turut ditambah baik dengan kawalan lebih tepat untuk menambah pelekat, teks dan elemen grafik lain secara terperinci. Buat masa ini, fungsi tersebut hanya tersedia untuk pengguna iOS. Ciri ketiga pula melibatkan penambahan 10 kesan suara baharu termasuk pilihan seperti suara robot dan hantu yang menyediakan lebih banyak pilihan menarik untuk pencipta kandungan berinteraksi secara kreatif dengan penonton mereka.

Penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan Meta dalam meningkatkan pengalaman pengguna melalui Edits. Ia juga selaras dengan janji Meta untuk menyediakan kemas kini secara berkala sejak pelancarannya. Semua ciri baharu kini boleh diakses menerusi versi terkini aplikasi tersebut.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description