Ulasan Tecware Alloy 75 - Paparan Kekunci Premium Dengan Harga Mampu Milik

1 day ago

Ulasan Tecware Alloy 75 - Paparan Kekunci Premium Dengan Harga Mampu Milik
Saya ada pengakuan yang saya mahu buat. Sejak berkecimpung dalam hobi papan kekunci tersuai (custom keyboard) beberapa tahun lepas, saya telah membelanjakan beberapa ribu Ringgit untuk hobi ini. Walaupun begitu, kebanyakan papan kekunci yang saya telah beli telah dijual semula pada harga pembelian, ataupun hampir pada harga pembelian, dan sehingga kini, saya hanya menyimpan sekitar tiga papan kekunci yang mempunyai nilai sentimental ataupun “cerita” tersendiri.

Jadi apabila saya ditawarkan untuk mengulas salah satu papan kekunci Tecware yang terbaru, saya rasa sedikit teruja kerana sebelum ini saya sering mengatakan bahawa papan kekunci seperti Tecware Phantom Elite boleh dikatakan “pintu masuk” mampu milik ke racun dompet hobi membina papan kekunci.

Dengan papan kekunci Tecware Alloy 75, mereka nampaknya telah membuka pintu masuk baru ke alam “end game” papan kekunci.

Rekaan Dan Spesifikasi

Tecware Alloy 75 hadir dengan rekaan papan kekunci bersaiz 75%, dimana bahagian pad nombor dan juga bahagian tengah papan kekunci dibuang untuk rekaan lebih padat. Bucu kanan papan kekunci ini memuatkan sebuah rotary dial yang boleh digunakan untuk mengubahsuai tahap kelantangan audio, dan diubahsuai melalui perisian.

Apa yang menarik mengenai papan kekunci ini ialah binaan rangka luarannya, yang diperbuat sepenuhnya daripada bongkah aluminum yang membuatkan papan kekunci ini berat dan tidak mudah digerakkan apabila diletakkan diatas meja.

Papan kekunci Alloy 75 ini dipasarkan sebagai sebuah papan kekunci pasang-siap, tetapi hadir dengan banyak komponen-komponen dalaman yang memberi pengguna pengalaman menaip yang premium, yang kami akan jelaskan di bawah.

Walaupun papan kekunci ini hadir dalam keadaan pasang-siap, sama seperti Tecware Phantom Elite sebelum ini, ia hadir dengan sokongan hotswap, dimana anda boleh mencabut suis kekunci Huano Red, yang merupakan suis linear. Dari segi penutup suis kekunci pula, ia hadir dengan penutup berwarna hitam dengan abjad berwarna putih.

Papan litar Tecware Alloy 75 ini juga hadir dengan rekaan south-facing, yang bermakna bahawa kaki-kaki suis yang dipasang akan menghadap ke bahagian bawah papan kekunci dan menyokong suis papan kekunci berkaki lima tanpa sebarang masalah.

Anda boleh membuka papan kekunci ini menggunakan pemutar skru hex dengan saiz yang berpatutan, dan didalamnya anda akan melihat banyak lapisan getah dan plastik yang membantu memberi papan kekunci ini bunyi dan pengalaman menaip premium yang kami katakan sebelum ini.

Untuk membuka rangka papan kekunci ini, anda akan memerlukan set pemutar skru hex anda sendiri kerana papan kekunci ini hanya hadir dengan aksesori mencabut keycap dan suis kekunci sahaja. Anda juga akan perlu berhati-hati apabila membuka rangka papan kekunci ini kerana ia hadir dengan berat sekitar 1.4kg.

Ia dibina menggunakan bahan PBT dan hadir dengan binaan double-shot yang bermakna bahawa penutup kekunci tersebut diperbuat daripada dua jenis plastik, satu untuk badan penutup kekunci tersebut dan satu untuk abjad sahaja.

Ini memastikan bahawa abjad yang dipaparkan pada papan kekunci ini tidak akan padam, tidak kira betapa lama anda menggunakan papan kekunci ini.

Dari segi sambungan, Tecware Alloy 75 memperlihatkan tiga kaedah sambungan berbeza, melalui kabel USB Type-C, sambungan nirwayar Bluetooth dan WiFi melalui penyesuai USB yang disimpan di bahagian belakang papan kekunci. Sambungan nirwayar adalah pilihan terbaik untuk setup komputer yang lebih kemas.

Anda juga boleh ke laman web Tecware untuk memuat-turun perisian Tecware Alloy 75 ini yang membolehkan anda untuk mengubah pelbagai jenis tetapan pada papan kekunci ini, seperti tetapan pencahayaan RGB, mengubah tetapan input setiap kekunci dan memperlihatkan butiran-butiran seperti peratusan bateri.

Bercakap mengenai sambungan nirwayar, papan kekunci ini juga hadir dengan bateri 4000mAH, yang mana Tecware mengatakan akan membolehkan papan kekunci ini untuk beroperasi secara nirwayar selama 400 jam secara berterusan dengan pencahayaan RGB ditutup.

Pengalaman Pengguna

Secara jujurnya, walaupun saya seorang peminat papan kekunci keluaran Tecware, harapan saya untuk Tecware Alloy 75 pada awalnya tidak begitu tinggi. Ini adalah kerana walaupun papan kekunci mereka hadir dengan harga mampu milik dan kemampuan “menaik-taraf” yang baik, secara lazimnya ramai orang akan cepat beralih kepada penawaran lain di pasaran.

Dengan Alloy 75, saya boleh katakan bahawa Tecware telah melihat pasaran papan kekunci tersuai, dan menggunakan kemahiran mereka sebagai pembuat aksesori gaming berskala besar untuk memperkenalkan sebuah papan kekunci yang rekaan, rasa dan bunyi premium.

Bukan itu sahaja, seluruh pakej papan kekunci yang ditawarkan oleh Tecware ini sudah siap dipasang, dan anda hanya perlu menyah-kotakkannya dan gunakannya terus. Seperti yang tertera pada gambar ini, papan kekunci Alloy 75 hadir dengan pelbagai lapisan

Ada yang akan mengatakan bahawa salah satu daripada pengalaman memiliki sebuah papan kekunci tersuai ialah proses membina papan kekunci ini, dan ya, saya juga bersetuju dengan pendapat tersebut. Akan tetapi, papan kekunci seperti ini bagi saya adalah lebih sesuai untuk mereka yang mahu mula berkecimpung dalam hobi ini.

Bagi saya, produk ini dlihat sebagai pintu masuk ke dunia tersebut, dan jika anda mahu membuat sebarang pengubahsuaian pada produk ini, anda boleh melakukannya dengan set pemutar skru hex, tetapi anda akan perlu mendapatkannya sendiri kerana ia tidak ditawarkan bersama-sama papan kekunci ini.

Beralih kepada penggunaan perisian, anda boleh memuat-turun perisian Alloy 75 melalui laman produk Tecware. Perisian ini akan membolehkan anda menukar pelbagai jenis tetapan seperti warna lampu LED, butang-butang macro dan pintasan dan lain-lain.

Saya akan katakan bahawa penggunaan perisian ini dilihat sedikit rumit, khususnya apabila mahu mengubahsuai tetapan macro papan kekunci, tetapi untuk tetapan seperti pencahayaan RGB, langkah-langkahnya cukup mudah untuk difahami pengguna.

Anehnya, dalam pengalaman saya menggunakan papan kekunci ini, saya dapati bahawa papan kekunci hanya boleh disambungkan ke perisian apabila digunakan dalam mod WiFi bersama-sama dengan aksesori penyesuai USB. Saya telah mencuba beberapa kali untuk mengaktifkan perisian tersebut, tetapi WiFi dilihat satu-satunya cara untuk menyambungkan papan kekunci ini ke perisian tersebut.

Setelah menggunakan papan kekunci ini untuk beberapa minggu, saya akan katakan bahawa Tecware Alloy 75 ini adalah papan kekunci siap-pasang yang memiripi beberapa penawaran papan kekunci tersuai yang jauh lebih mahal di pasaran sekarang, jika anda berkecimpung dalam hobi ini.

Jika anda peminat bunyi “thocc”, saya akan katakan bahawa anda pastinya akan sangat menyukai papan kekunci ini. Tanpa perlu melakukan aktiviti seperti membina papan kekunci anda daripada mula, anda akan terus mendapat pengalaman seakan-akan anda membina sebuah papan kekunci tersuai terus apabila ia dikeluarkan daripada kotak.

Jika anda mahu bereksperimen dengan suis mekanikal lain, anda juga pasti gembira untuk mengetahui bahawa papan kekunci ini hadir dengan sokongan untuk ciri hotswap, yang bermakna anda boleh mencabut suis mekanikal yang terbina pada papan kekunci ini, dan menukarnya dengan suis lain.

Dari segi jenis suis yang disokong, papan kekunci ini boleh dimuatkan dengan suis-suis mekanikal dengan 3-pin dan juga 5-pin. Cuma saya perlu mengingatkan anda tentang orientasi suis tersebut, yang akan menghala kearah selatan, ataupun dipanggil south-facing.

Ia bermakna bahawa apabila anda memasang suis mekanikal baru pada papan kekunci anda, orientasi suis tersebut perlu tepat dengan lubang-lubang yang diperlihatkan pada papan litar.

Oleh kerana orientasi ini, LED pada papan kekunci ini juga diperlihatkan di bahagian bawah lubang suis. Jika anda mahu menggunakan penutup kekunci yang lutsinar untuk memperlihatkan pencahayaan pada abjad penutup tersebut, papan kekunci ini kurang sesuai untuk tujuan tersebut.

Untuk jangka hayat bateri papan kekunci ini, saya telah mengecas papan kekunci ini secara penuh, dan sejak itu, saya tidak pernah menghadapi masalah dimana bateri ini habis digunakan, kecuali pada hari pertama, sebelum mengecasnya. Apabila bateri papan kekunci ini mencapai tahap dimana ia hampir habis, lampu LED pada kekunci Fn bahagian kanan akan berkelip warna merah, menandakan bahawa sudah tiba masa untuk dicas.

Ada Apa Dalam Kotak

Ini adalah apa yang ditawarkan didalam sebuah kotak Tecware Alloy 75 apabila anda membelinya:

1x papan kekunci Tecware Alloy 75 Kabel USB Type-C to Type-C Aksesori mencabut suis mekanikal Suis mekanikal tambahan Penutup

Pada harga RM369, Tecware sekali lagi telah memperlihatkan bahawa kita tidak perlu berbelanja wang yang banyak untuk mendapatkan sebuah papan kekunci yang berkualiti tinggi, dengan sokongan untuk ciri-ciri yang secara lazimnya hanya diperlihatkan pada papan kekunci premium terbina ataupun tersuai.

Walaupun secara teknikalnya, Tecware Alloy 75 ini adalah sebuah papan kekunci pasang-siap, anda akan mendapat pengalaman menaip sebuah paparan kekunci tersuai yang hebat dan sebuah papan kekunci yang boleh diubahsuai mengikut kesukaan anda, jika anda mahu.

Pro: Rekaan padat yang masih mengekalkan kebanyakan ciri-ciri berguna papan kekunci Hadir dengan ciri hotswap yang membolehkan pengguna menukar suis dengan mudah Pelbagai mod sambungan ke komputer Bateri dengan jangka-masa lama Bunyi menaip yang syahdu Harga mampu milik Kontra: Berat Sambungan ke aplikasi hanya boleh dilakukan melalui sambungan mod WiFi Aksesori untuk menyahpasang papan kekunci tidak disertakan, hanya untuk mencabut keycap dan suis ]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description