Dua kanak-kanak lemas jatuh parit di Shah Alam

1 天前

Dua kanak-kanak lemas jatuh parit di Shah Alam

SHAH ALAM: Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Jalan Cili Merah, Seksyen 24 di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 7.19 malam sebelum tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Ketika tiba di lokasi, kedua-dua kanak-kanak lelaki berusia 12 dan sembilan tahun itu berjaya ditemui dan didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,“ katanya.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi penyelamatan melibatkan enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Shah Alam dan ditamatkan pada 8.08 malam. - Bernama

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from The Sun Daily ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description