AS, rakan sekutu jalani latihan 'Perang Pasifik' dengan China?

19 小时前

AS, rakan sekutu jalani latihan 'Perang Pasifik' dengan China?
CANBERRA - Amerika Syarikat (AS) bersama sekutu dan rakan kongsi mereka menjalani latihan ketenteraan terbesar di Australia sebagai usaha untuk mengekalkan kestabilan di Pasifik di tengah-tengah ancaman yang semakin meningkat dari China.Exercise Talisman Sabre 2025, siri ke-11 yang bermula Ahad lalu hingga 4 Ogos depan merupakan latihan peperangan paling canggih dalam sejarah Canberra disertai lebih 35,000 anggota tentera dari 19 negara Indo-Pasifik, Amerika Utara dan Eropah.Latihan perang multinasional itu dijalankan setelah Beijing meningkatkan kempen provokasi mereka di Pasifik Selatan antara Februari dan Mac lalu dengan mengerahkan armada terdiri daripada tiga kapal berlayar mengelilingi Australia bagi memperagakan kekuatan angkatan tentera laut mereka sebagai sebuah 'kuasa besar'.Ketika empat siri latihan terakhir Exercise Talisman Sabre, China dilaporkan menghantar kapal pengawasan untuk memantau aktiviti tersebut dan dijangka membuat pemantauan sama pada kali ini.Sepanjang tempoh tiga minggu, latihan edisi ke-11 itu akan disertai pasukan tentera dari Kanada, Fiji, Jerman, India, Indonesia, Jepun, Belanda, New Zealand, Norway, Papua New Guinea, Filipina, Korea Selatan, Singapura dan Thailand dan Britain, manakala Malaysia serta Vietnam sebagai pemerhati.Lokasi yang terlibat adalah di seluruh Queensland, Wilayah Utara, Australia Barat, New South Wales (NSW) dan Pulau Krismas.Buat pertama kali, aktiviti ketenteraan itu juga akan diadakan di Papua New Guinea.Ia menampilkan latihan menembak sebenar, pendaratan kenderaan amfibia, pelan taktikal pasukan darat, udara dan laut bersama-sama dengan keupayaan baharu tentera Australia seperti UH-60M Black Hawks dan peluru berpandu serangan tepat.Menurut tentera AS, jumlah negara terlibat adalah yang tertinggi pernah direkodkan bagi mencapai pemahaman bersama untuk mengekalkan keselamatan di Indo-Pasifik yang bergantung kepada komitmen kolektif, kekuatan dan tindakan pencegahan terhadap cabaran semasa.Washington sendiri menghantar pasukan yang besar termasuk Kor Marin, Pengawal Pantai dan Angkatan Angkasa.Sementara itu, Menteri Industri Pertahanan Australia, Pat Conroy menegaskan Canberra tidak akan menghantar pasukan tentera mereka lebih awal untuk terlibat sebarang konflik.Kenyataan itu dibuat sebagai respons terhadap laporan The Financial Times yang mendakwa Timbalan Setiausaha Pertahanan bagi Dasar AS, Elbridge Colby memberi tekanan kepada Australia dan Jepun tentang pelan mereka berdasarkan potensi peningkatan konflik Taiwan-China serta rancangan bagi merealisasikan dasar 'America First' seperti diuar-uarkan pentadbiran Presiden Donald Trump. ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description