Cara ambik lesen, harga dan jenis - jenis lesen mengikut CC motosikal di Malaysia - Insights | Carlist.my

10 days ago

Cara ambik lesen, harga dan jenis - jenis lesen mengikut CC motosikal di Malaysia - Insights | Carlist.my

 

Baca dengan lebih lanjut mengenai jenis-jenis lesen motosikal berdasarkan CC (kelas b2 atau b penuh), cara ambik dan harga lesen motor.

 

Di Malaysia, apabila anda ingin menunggang motosikal, anda memerlukan lesen motosikal yang bersesuai dengan cc (kapasiti silinder) motosikal yang ditunggang. Ini  adalah salah satu langkah kerajaan bagi memastikan penunggang mempunyai kemahiran atau pengalaman bagi mengendalikan motosikal tertentu kerana motosikal mempunyai pelbagai kuasa.

Apa Itu CC Motor?

CC motor atau kapasiti silinder motor adalah jumlah isipadu yang dipindahkan oleh piston dalam satu lejang (stroke). Apabila cc semakin besar, kuasa enjin motosikal juga besar.

Jenis-jenis Lesen Motosikal dan Contoh Motosikal

Di Malaysia, lesen motor terbahagi kepada dua iaitu lesen moto b2 dan b full mengikut jenis cc motor:

Lesen Kelas B2

CC: 250cc ke bawah

Contoh Motosikal: Honda Revo, Yamaha Y15ZR dan Modenas Kriss

Tujuan/Kebaikan: Digunakan untuk pergerakan harian seperti ke sekolah dan kerja kerana ia lebih ringan dan mudah dikendalikan.

Lesen Kelas B Penuh

CC: Lebih dari 250cc

Contoh Motosikal: Yamaha R6, Kawasaki Ninja ZX-6R dan BMW S1000RR

Tujuan/Kebaikan: Mempunyai kuasa dan prestasi yang lebih baik dan serin digunakan untuk perjalanan jarak jauh.

Mengapa CC Penting?

Terdapat beberapa faktor penting kenapa anda perlu tahu CC motosikal anda. Antaranya adalah:

Keselamatan: Motosikal yang mempunyai CC besar memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya kerana saiznya yang lebih besar serta kuasa yang lebih besar.

Insurans: Syarikat insurans akan mengenakan insurans premium berbeza mengikut lesen dan cc motosikal.

Undang-undang: Memandu motosikal tanpa lesen yang betul boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Cara-cara Ambik Lesen Moto

Daftar di institusi memandu yang berdaftar dengan JPJ

Mengikuti kursus teori mengenai peraturan jalan raya dan lain-lain.

Mengambil ujian komputer lesen moto dan akan dinilai.

Mengikuti kursus praktikal bagi menguasai kemahiran asas memandu.

Membuat temujanji ujian praktikal JPJ dimana anda akan dinilai semasa ujian tersebut.

Mendapatkan lesen motosikal jika anda lulus ujian praktikal.

 

Berikut merupakan harga lesen moto 2024 yang ditetapkan oleh kerajaan:

Lesen Motosikal B2 (tidak lebih 250 cc) – RM350 hingga RM450

Lesen Motosikal B FULL (lebih 250 cc) – RM900 hingga RM1100

 

Selain dari motosikal, anda boleh pertimbangkan kereta jika anda memerlukan ruang yang banyak bagi keselesaan anda. Jika anda ingin mencari kereta baru, terpakai atau recon yang berkualiti dan murah, anda boleh layari dengan lebih lanjut.

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Carlist.my Auto News ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description