Tips Membeli Tayar yang Betul dan Terbaik - Insights | Carlist.my

Tips Membeli Tayar yang Betul dan Terbaik - Insights | Carlist.my

 

Mari mengetahui dengan lebih lanjut cara-cara memilih tayar yang tepat supaya perjalanan anda lebih lancar dan selamat.

 

Membeli tayar kereta yang tepat adalah langkah penting untuk memastikan keselamatan, prestasi, dan keselesaan pemanduan. Dengan pelbagai jenis tayar yang ada di pasaran, ia mungkin agak membingungkan untuk memilih yang terbaik untuk kenderaan anda. Berikut adalah beberapa tips penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan pembelian.

Periksa Kod Tayar Kereta

Setiap tayar mempunyai kod yang tertera pada tepi tayar yang memberikan maklumat penting mengenai kapasiti dan saiz tayar kereta. Sebagai contoh, kod tayar 205/65/R15 94H memberikan maklumat berikut:

 205 = Lebar tayar dalam milimeter.

 65 = Nisbah aspek atau tinggi dinding tayar yang dikira sebagai peratusan daripada lebar tayar.

 R = Jenis tayar radial.

 15 = Saiz rim tayar dalam inci.

 94 = Beban maksimum tayar.

 H = Had kelajuan maksimum, dalam kes ini, 210 km/j.

Carta kelajuan:

Q – 160 km/h

S – 180 km/h

T – 190 km/h

U – 200 km/h

H – 210 km/h

V – 240 km/h

W – 270 km/h

Y – 300 km/h

(Y) – Lebih 300 km/h

Pastikan anda memeriksa kod tayar dengan teliti untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan kereta anda.

Pilih Saiz Tayar yang Sesuai

Saiz tayar adalah faktor yang sangat penting dalam pemilihan tayar yang betul. Saiz yang betul akan memastikan prestasi dan keselamatan yang optimum. Menggunakan tayar dengan saiz yang tidak sesuai boleh menjejaskan kawalan kenderaan dan merosakkan sistem brek dan pengendalian. Periksa saiz rim kereta anda dan pastikan tayar yang dipilih sesuai dengan spesifikasi tersebut.

Kenali Nilai Kelajuan (Speed Rating)

Setiap tayar mempunyai speed rating yang menunjukkan kelajuan maksimum yang boleh dicapai dengan selamat. Sebagai contoh, untuk tayar 205/65/R15 94H, huruf H menunjukkan had kelajuan maksimum adalah 210 km/j. 

Pilih Corak Bunga Tayar yang Betul

Corak bunga tayar memainkan peranan penting dalam menentukan cengkaman dan prestasi tayar di jalan raya, terutamanya di jalan basah. Terdapat tiga jenis corak bunga utama yang perlu anda ketahui:

Symmetrical (Simetri): Corak bunga yang biasa dan lebih senyap, tetapi tidak sebaik tayar directional untuk prestasi di jalan basah.

Directional (Arah): Direka untuk mengalihkan air dengan lebih baik, memberikan cengkaman lebih baik di jalan basah. Namun, ia lebih berbunyi berbanding corak simetri.

Asymmetrical (Asimetrik): Gabungan kedua-dua ciri, memberikan cengkaman yang baik di jalan basah dan mengurangkan bunyi bising, tetapi biasanya lebih mahal.

Disebabkan oleh jenis tayar kereta yang berlainan, harga tayar kereta juga turut mengikuti kualiti dan prestasi tayar.

Periksa Usia Tayar

Tayar juga mempunyai jangka hayat. Tayar yang sudah berusia atau tidak digunakan dengan betul boleh hilang sifat elastiknya dan menjadi keras, yang boleh menjejaskan keselamatan dan prestasi. Anda boleh menyemak usia tayar melalui kod empat digit pada dinding tayar. Sebagai contoh, 3220 bermakna tayar itu dihasilkan pada minggu ke-32 tahun 2020.

Tayar yang lebih tua daripada 6 tahun biasanya lebih murah, tetapi ia lebih berisiko untuk digunakan. Elakkan membeli tayar yang sudah terlalu lama, terutamanya jika ia disimpan dalam keadaan yang tidak ideal. Untuk keselamatan, pastikan tayar yang dibeli tidak melebihi usia enam tahun.

Pertimbangkan Jenis Tayar Berdasarkan Keperluan Pemanduan

Tayar dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan kompaun dan prestasi. Pilih tayar yang sesuai dengan gaya pemanduan anda:

Tayar prestasi tinggi (High-performance tyres): Direka untuk memberikan cengkaman maksimum dan kestabilan pada kelajuan tinggi, tetapi mungkin lebih cepat haus.

Tayar serbaguna (All-season tyres): Memberikan prestasi baik di pelbagai keadaan cuaca dan permukaan jalan.

Tayar musim sejuk (Winter tyres): Direka untuk memberikan cengkaman terbaik pada permukaan jalan yang licin dan bersalji.

Periksa Jaminan Kilang dan Kualiti Tayar

Kebanyakan pengeluar tayar menawarkan jaminan kilang sebagai perlindungan terhadap kecacatan pengeluaran atau kerosakan tayar dalam tempoh tertentu. Pastikan anda menyemak terma dan syarat jaminan yang ditawarkan sebelum membeli tayar.

Pilihlah jenama tayar yang mempunyai reputasi baik dan sudah terbukti kualitinya. Antara jenama tayar kereta terbaik dan dipercayai di pasaran termasuklah Bridgestone, Michelin, Goodyear, Continental, dan Pirelli. Jenama yang berkualiti biasanya lebih tahan lama dan memberikan prestasi yang lebih baik.

Pilih Tayar Baru dan Berkualiti

Walaupun tayar terpakai mungkin kelihatan lebih murah, ia boleh membawa risiko keselamatan kerana ia mungkin sudah mengalami kehausan atau kerosakan yang tidak dapat dilihat dengan jelas. Sentiasa pilih tayar yang baru dan berkualiti untuk memastikan keselamatan dan prestasi terbaik bagi kenderaan anda.

Tayar yang botak atau hampir botak, mempunyai rekahan, atau ada bengkak di permukaan tayar, adalah tanda bahawa tayar tersebut perlu diganti dengan segera.

Pentingnya Pemeriksaan Berkala

Setelah membeli tayar baru, pastikan anda melakukan pemeriksaan tayar secara berkala. Ini termasuk memeriksa tekanan angin tayar kereta, kehausan bunga, dan keseimbangan tayar. Pemeriksaan secara berkala dapat membantu memperpanjang usia tayar dan mengurangkan risiko kemalangan akibat tayar yang rosak atau tidak sesuai.

 

Apabila anda membeli kereta terpakai, anda perlu memastikan tayar kereta anda masih baru dan dalam keadaan masih sesuai digunakan di atas jalan raya. dengan lebih lanjut jika anda ingin mencari kereta terpakai yang berkualiti tinggi.

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Carlist.my Auto News ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description