404 :( | - A Community News Platform Run By Young Malaysians
1 day ago
Pengasas Suka Dessert, Siti Hajar Mohd Razali atau lebih mesra disapa Auntie Ja tampil memberi respons berkenaan komen yang mengatakan produknya menggunakan coklat tidak berkualiti.
Menerusi hantaran di TikTok, Auntie Ja memuat naik satu tangkap layar memaparkan salah seorang pelanggannya meluahkan rasa kecewa dan menganggap produknya menggunakan coklat yang murah.
Dalam pada itu, Auntie Ja memahami citarasa setiap orang berbeza-beza dan menegaskan bahawa Suka Dessert tidak pernah menipu dalam berniaga.
“Sejujurnya, Auntie Ja faham jika ada customer berpendapat Suka Dessert tidak sedap.
“Setiap orang memiliki perbezaan dari segi citarasa, cumanya Auntie Ja sangat mengambil berat komen jika ada yang mendakwa Suka Dessert menipu dengan menggunakan coklat jenama lain.
“Maaf jika choc imported dari Belgium mahupun dari Swiss yang Suka Dessert gunakan tidak menepati citarasa darlings,” tulis Auntie Ja.
Bukan itu sahaja, Aunty Ja juga menjelaskan tiada campuran lain dalam coklat yang digunakan oleh Suka Dessert dan memilih menggunakan coklat dari Swiss yang lebih mahal harganya.
“Suka Dessert guna 100% coklat dari Belgium tanpa campuran apa-apa.
“Sekarang, mostly guna coklat dari Swiss, lagi mahal dari coklat Belgium dan gred coklat yang lebih tinggi,” jelas Auntie Ja lagi.
Tolong lah, kau boleh nak sama kan coklat mahal dengan murah, reti rasa ke tak tu ???? I makan siap terfikir bila lah nak pergi lagi Suka Dessert ????
Meninjau ke ruangan komen, warganet tampil mempertahankan usahawan manisan terbabit dan ada juga yang memuji keenakan produk manisan yang telah dikeluarkan oleh Suka Dessert.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free