Amanz
1 day ago
Sistem APSS bukanlah sebuah sistem yang baru. Ia telah dimanfaatkan oleh banyak negara di seluruh negara seperti Singapura, Jepun dan China untuk mempercepatkan proses melalui semakan di kaunter imigresen dengan telus dan selamat. Sistem ini juga boleh membantu pihak imigresen untuk menahan dan menyoal individu-individu dengan lebih cekap sekiranya perlu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengatakan bahawa penggunaan sistem APSS ini akan membantu dalam pembanterasan isu penyelewengan kuasa di kalangan pegawai Jabatan Imigresen dan mengurangkan keperluan interaksi diantara pelawat dan pegawai.
Dalam pada itu, data pelawat yang terkandung dalam pengkalan data Jabatan Imigresen akan termaktub dibawah undang-undang Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan tidak akan diedarkan dan digunakan oeh jabatan-jabatan lain selain dari Jabatan Imigresen tanpa kebenaran.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

