Amanz
1 day ago
Terkini, sewaktu acara Korea Tech Festival 2025 di Seoul, Korea Selatan, Samsung telah menerima anugerah presiden untuk cip 24Gb GDDR7 dengan kelajuan 40Gbps yang kini sedang melalui fasa ujian awal.

Sama seperti penawaran memori GDDR7 dengan kelajuan 28Gbps, memori GDDR7 yang lebih pantas ini dijangka akan memperlihatkan penggunaannya untuk komponen-komponen kad grafik dan cip pemprosesan AI dan untuk pusat data di masa akan datang.
Cuma oleh kerana ia kini masih berada dalam fasa ujian, pengeluarannya secara besar-besaran dijangka hanya akan diperlihatkan sekitar pertengahan ke penghujung tahun hadapan setelah fasa ujian habis, dan permintaan untuknya bermula.
Permintaan untuk memori GDDR7 juga dijangka akan meningkat dalam masa terdekat ini, dengan syarikat-syarikat pembuat komponen pemprosesan grafik dan AI rata-rata memerlukan memori yang pantas untuk kemampuan pemprosesan yang lebih cekap. Syarikat-syarikat seperti SK Hynix juga dijangka akan mula memperkenalkan memori GDDR7 dengan kelajuan penghantaran data pantas kelak.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

