Amanz
1 day ago

Selain itu, Sony menekankan bahawa unit yang tersedia adalah terhad sekali gus menunjukkan jumlah stok yang tidak banyak. Dalam masa yang sama, Sony turut menyediakan tawaran rebat menarik iaitu RM1,200 untuk lensa FE 300mm F2.8 GM OSS dan RM800 untuk beberapa lensa terpilih seperti Telephoto Zoom, Portrait, Video, Landscape dan Street GM Lenses. Kamera ini kini boleh didapati di Sony Store dan pengedar sah di seluruh Malaysia.

hadir dengan sensor 33MP Exmor R CMOS dan penstabilan 5-axis IBIS yang menyokong Dynamic Active Mode untuk rakaman video lebih stabil. Ia dipadankan dengan pemprosesan imej BIONZ XR 2 baharu serta AI Processing Unit dengan kemampuan pengecaman subjek sehingga 30% lebih baik.

Kamera ini menawarkan sehingga 750 rakaman bagi setiap cas penuh, sistem pemfokusan PDAF 759 titik, serta rakaman video 4K 120p dan Full HD 240fps untuk gerak perlahan. Ia turut menyokong fungsi Auto Framing berasaskan AI, julat ISO 100–51,200 serta format 4:2:2 10-bit, S-Log3 dan All Intra.
Melengkapinya ialah EVF Quad-VGA OLED, skrin 3.2 inci boleh putar, kad memori CFexpress Type A, dua port USB Type-C dan sistem audio dengan pengurangan hingar.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

