Panel Kongres 'sorok' laporan siasatan salah laku Peguam Negara pilihan Trump
2 天前
WASHINGTON - Panel Kongres yang menyiasat dakwaan salah laku seksual Matt Gaetz yang dilantik untuk menerajui Jabatan Kehakiman di bawah pentadbiran bakal Presiden ke-47 Amerika Syarikat (AS) bertindak 'menyembunyikan' laporan siasatan itu.
Gaetz, 42, pertama kali dilantik menganggotai Dewan Perwakilan pada 2016 dipilih semula pada pemilihan baru-baru ini, namun beliau meletak jawatan daripada Kongres selepas Trump menamakannya sebagai Peguam Negara.
Keputusan pengunduran itu dibuat beberapa hari sebelum Jawatankuasa Etika Kongres mengeluarkan laporan siasatan terhadapnya termasuk kes salah laku seksual melibatkan remaja perempuan berusia 17 tahun, salah guna dadah dan aktiviti terlarang lain.
Selepas mesyuarat tertutup selama dua jam, panel jawatankuasa itu beredar tanpa memberikan sebarang ulasan.
“Tiada kesepakatan dicapai untuk mendedahkan laporan itu,” kata pengerusi jawatankuasa itu, Michael Guest.
Sementara itu, Senator Demokrat, Dick Durbin mengeluarkan surat terbuka kepada Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Christopher Wray bagi menuntut akses kepada fail siasatan berhubung kes pemerdagangan seks remaja bawah umur.
“Bagi membolehkan Senat melaksanakan tanggungjawab Perlembagaan dalam hal ini, kita perlu menyemak dengan teliti semua bahan berkaitan dakwaan serius terhadap Gaetz,” jelas kandungan surat itu.
Jawatankuasa Etika itu melancarkan siasatan tersebut pada 2021, namun dihentikan sementara apabila Jabatan Kehakiman memulakan siasatan jenayah sebelum ia disambung semula setelah pendakwa raya memutuskan enggan memfailkan sebarang pertuduhan. - AFP...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️