Samsung Dilaporkan Memecat Pekerja Yang Meniriskan Galaxy S25+

2 days ago

Samsung Dilaporkan Memecat Pekerja Yang Meniriskan Galaxy S25+
Beberapa hari lepas, Galaxy S25+ telah tertiris di arena web. Unit yang didedahkan dikatakan menggunakan nombor model SM-S936U untuk pasaran Amerika Syarikat. Peranti turut kelihatan masih lebih kurang sama dengan rekaan Galaxy S24+. Terbaru, peniris yang mendedahkan rekaan Galaxy S25+ ini dikatakan telah dipecat.

Galaxy S25+ ditiriskan pada 18 Disember lepas, yang kemudiannya dikongsi oleh pengguna X , seorang lagi peniris terkenal dan dikatakan individu di sebalik imej tersebut telah dipecat oleh Samsung.

Skrin depan Galaxy S25+ dan Galaxy S25 Ultra

Beberapa jam selepas insiden ini berlaku, seorang lagi peniris terkemuka meniriskan pula imej-imej rasmi Galaxy S25+ dan Galaxy S25 Ultra. Individu ini adalah Evan Blass dan imej yang dikongsi kelihatan lebih kurang sama dengan apa yang telah didedahkan sebelum ini.

Galaxy S25 akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite dan dijangka akan dilancarkan pada hujug bulan Januari 2025. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai peranti ini. Bulan Januari akan tiba tidak lama lagi, tidak salah untuk kita semua bersabar.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description