Impian luar biasa, tawan Gunung Kinabalu selepas raih SPM cemerlang
16 hours ago
TEMERLOH - Hadiah sempena kecemerlangan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang ibu membawa anaknya menawan puncak tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu pada Disember lalu.
Norhayati Mohamed Noor, 43, berkata, anaknya, Abdul Muiz Qusyairi Jalailudin,18, membuat permintaan tersebut selepas berjaya meraih keputusan cemerlang iaitu 6A dalam SPM 2023.
Menurut pembantu tadbir di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh itu, pada mulanya dia terkejut kerana anak sulung daripada dua beradik tidak terlalu meminati aktiviti pendakian.
"Cuma kerana usaha gigih dia menduduki SPM setelah menghadapi dugaan akibat kemalangan pada Mei 2023, dia tetap berjaya meraih keputusan cemerlang, saya nekad untuk membawa Abdul Muiz.
"Jadi saya dan anak membuat persediaan dengan latihan dan kos sebelum pergi pada 3 Disember lalu dan mula mendaki sehari kemudian dan sampai ke puncak pada 5 Disember," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Dia meminati hobi mendaki sejak 2010, turut menyatakan kebimbangan tahap kesihatan anaknya susulan kakinya dimasukkan besi akibat kemalangan itu selain tiada pengalaman berada suhu sejuk seperti Gunung Kinabalu.
"Namun saya bersyukur dia berjaya mengharungi dan sampai ke puncak setinggi 4,095 meter dari aras laut buat julung kalinya dan bagi rekod peribadi saya ini adalah kali ketiga selepas pertama pada 2010 dan seterusnya 2022," kata ibu kepada dua anak itu.
Selain tawan Gunung Kinabalu, Norhayati telah berjaya menawan kesemua puncak G7 antaranya Gunung Tahan, Gunung Korbu dan Yong Belar selain turut sampai ke puncak Gunung Pulag (Filipina), Gunung Rinjani, Kawah Ijen dan Bromo di Indonesia dan menyimpan impian menawan puncak Everest suatu hari nanti.
Dalam pada itu, bagi Abdul Muiz, kejayaan menawan puncak Gunung Kinabalu tersebut satu pencapaian istimewa buatnya kerana dilakukan bersama ibu kesayangan.
"Syukur dan rasa puas dan ia seperti pencapaian besar buat saya dan terima kasih kepada ibu sebab bawa hingga ke puncak selain bangga dengan ibu kerana berjaya sampai tiga kali dalam usia sebegini.
"Ikutkan memang was-was mulanya selepas kemalangan dengan keadaan kaki dimasukkan besi namun saya tetap gigih membuat persediaan," tambah penuntut Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail di Pagoh, Johor dalam jurusan asasi Teknologi Kejuruteraan.
...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️