Apa Itu Piston Ring - Fungsi dan Punca Kerosakan - Insights | Carlist.my

Apa Itu Piston Ring - Fungsi dan Punca Kerosakan - Insights | Carlist.my

 

Piston ring adalah cincin logam yang berada ni piston dalam enjin dalaman. Piston ring bertanggungjawab untuk mengelakkan kebocoran gas pembakaran, mengawal penggunaan minyak dan memastikan pelinciran yang sempurna pada dinding silinder.

Jenis-Jenis Piston Ring

Terdapat beberapa jenis piston ring dalam enjin:

Choosing the Right Rings - Engine Builder Magazine

Compression Ring: Gelang ini adalah untuk memastikan tekanan semasa pembakaran tidak bocor supaya dapat memastikan kuasa yang dihasilkan enjin tinggi dan sempurna.

Oil Control Ring: Mengawal aliran minyak pada dinding silinder dan memastikan tidak kebocoran berlaku yang akan masuk pada ruang pembakaran.

Scraper Ring: Mengikis minyak yang berlebihan pada dinding silinder supaya deposit karbon tidak terbentuk.

Piston ring diperbuat daripada besi yang tahan panas dan tekanan tinggi bagi memastikan keberkesanan terhadap suhu yang ekstrem semasa pembakaran enjin dan sebagainya.

Fungsi Piston Ring

Piston ring mempunyai beberapa fungsi utama yang penting bagi enjin:

Mengawal Tekanan Pembakaran: Piston ring berfungsi untuk menghalang pembocoran tekanan gas pembakaran dan memastikan tenaga dari pembakaran tersebut tidak disia-siakan.

Menjaga Penggunaan Minyak: Piston ring yang mengawal penggunaan minyak adalah oil control ring, yang mengelakkan pembakaran minyak yang berlebihan supaya dapat mencapai penggunaan minyak yang optimum.

Menghalang Pembentukan Deposit Karbon: Dengan mengikis minyak yang berlebihan pada dinding silinder, ini dapat mengelakkan terbentuknya deposit karbon yang boleh merosakkan enjin.

Pelinciran yang Optimum: Piston ring juga memastikan pelinciran yang optimum pada dinding silinder supada dapat memastikan pergerakan piston yang lancar.

Tanda-Tanda Piston Ring Haus atau Rosak

Kehausan atau kerosakan pada piston ring boleh menyebabkan masalah yang serius pada enjin. Berikut merupakan beberapa tanda piston ring kenderaan anda rosak atau mengalami kehausan:

Close up on fuel level gauge in vehicle

Minyak Enjin Berkurang dengan Cepat: Gelang piston yang haus boleh menyebabkan berlakunya kebocoran minyak enjin ke ruang pembakaran. Ini akan menyebabkan penurunan kuantiti minyak yang banyak dan bekemungkinan juga minyak enjin anda habis dengan lebih cepat.

Asap Ekzos Berwarna Biru: Apabila ekzos anda mengeluarkan asap berwarna biru, ia menandakan bahawa minyak enjin terbakar dalam ruang pembakaran. Perkara ini berlaku disebabkan piston gagal menghalang minyak enjin dari masuk ke ruang pembakaran.

Kehilangan Kuasa Enjin: Kebocoran tekanan di ruang pembakaran akan mengakibatkan kuasa enjin berkurangan terutama semasa mendaki bukit atau memecut dan perkara ini disebabkan oleh kehausan piston ring.

Punca Kerosakan Piston Ring

Piston ring boleh menjadi haus atau rosak disebabkan beberapa perkara. Berikut merupakan punca piston ring rosak:

Minyak Enjin yang Tidak Sesuai: Menggunakan minyak enjin yang tidak menepati spesifikasi sesuai boleh menyebabkan pelinciran tidak baik dan akhirnya menyebabkan peningkatan geseran yang boleh merosakkan atau menghauskan piston ring.

Kekurangan Minyak Enjin: Apabila minyak enjin tidak mencukupi, pelinciran dalam komponen enjin akan berkurang dan menyebabkan geseran yang tinggi. 

Pemanasan Melampau (Overheating): Suhu enjin yang terlampau panas boleh menyebabkan piston ring hilang kemampuannya untuk menutup ruang antara piston dan dinding silinder. Perkara ini boleh mengakibatkan kerosakan pada piston ring atau komponen enjin lain.

Kekotoran Dalam Enjin: Kotoran yang terkumpul di ruang pembakaran boleh menyebabkan penghakisan pada piston ring dan dinding silinder serta mempercepatkan kehausan piston ring.

Jangka Hayat: Piston ring juga akan haus secara sendirinya apabila digunakan dalam beban yang tinggi atau jangka masa lama.

Piston ring yang haus atau rosak bukan sahaja menjejaskan prestasi enjin, ia juga boleh menyebabkan kerosakan besar yang lain pada komponen enjin. Oleh itu, anda perlu peka dengan tanda-tanda piston ring rosak dan tukar piston ring yang baru jika perlu dengan bantuan mekanik.

 

Jika anda ingin mencari kereta baru, terpakai, atau recon yang murah tetapi berkualiti tinggi, anda hanya boleh dapatkan di .

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Carlist.my Auto News ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description