Rumah sewa dipenuhi sampah, 200 botol air kencing dan beg najis

13 hours ago

Rumah sewa dipenuhi sampah, 200 botol air kencing dan beg najis
PLYMOUTH - Pemilik rumah di Devonport, Plymouth yang terletak di barat daya England itu dikejutkan dengan keadaan kediaman flat bawah tanah yang disewakan kepada seorang lelaki dipenuhi timbunan sampah termasuk 200 botol vodka berisi air kencing dan beg najis. Menurut pemilik berkenaan, Jan Pringle, dia menyewakan ruang tersebut kepada individu berkenaan selama dua tahun dan enggan membenarkan sebarang pemeriksaan rutin dilakukan dalam tempoh tersebut. "Sebaik sahaja pintu dibuka, saya lihat rumah itu seperti hutan hujan kerana keadaan ruang sangat lembab dan saya tidak boleh membuka pintu kerana terlalu banyak sampah. "Setelah berjaya membuka pintu, saya terhidu bau busuk sehingga tidak dapat menggambarkan keadaan tersebut. Saya juga lihat beberapa ratus botol air kencing dan beg najis yang disyaki menjadi punca kepada bau kuat. "Saya terpaksa merangkak melalui sampah sambil memakai pelitup muka dan sarung tangan kerana ruang itu benar-benar penuh," katanya. Mengulas lanjut, Jan Pringle memaklumkan, keadaan bertambah parah apabila dia tidak boleh masuk ke kawasan bilik tidur dan tandas di ruang mandi juga tersumbat. Ujarnya, semua sampah seperti kotak bungkus makanan, kulit telur dan tin kosong yang ada dipercayai tidak pernah dibuang selama tempoh dua tahun penyewa itu tinggal di sana. "Ini semua sampah selama dua tahun. Ada satu ruang kecil di atas sofa yang mungkin tempat untuk dia duduk sepanjang hari dan tidur. Walaupun di pemandangan di luar cantik, tetapi tingkap dan langsir juga tidak pernah dibuka. "Kini saya terpaksa mengupah pasukan pembersih untuk membersihkan flat ini agar boleh didiami oleh penyewa lain pada masa depan," ujarnya. Tambah Jan Pringle, jiran di kawasan kediaman tersebut turut mendakwa mereka tidak pernah melihat penyewa berkenaan mengeluarkan sampah dan meninggalkan flat itu. Bimbang dengan keadaan tersebut, Jan Pringle berkata, dia menghubungi beberapa badan kebajikan untuk membantu penyewanya tetapi pihak tersebut tidak boleh melakukan apa-apa selagi individu tersebut tidak serahkan diri secara rela. "Saya tidak marah dengan penyewa itu disebabkan keadaan tersebut, malah berasa simpati kerana dia seolah-olah memerlukan bantuan dan sokongan daripada orang sekeliling," ujarnya. -Mirror.co.uk...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description