Kes pukul OKU: MB Terengganu minta teliti fakta, elak fitnah
12 hours ago
DUNGUN - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meminta semua pihak agar meneliti fakta sebenar serta tidak membuat sebarang tuduhan melulu berhubung insiden membabitkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman pada Jumaat lalu.
Menurutnya, ia bagi mengelak timbulnya fitnah memandangkan kes tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian ramai pihak di seluruh negara.
"Berkenaan kes ini kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya malah ia telah pun diperingkat akhir siasatan sebelum diberi kepada pihak berikutnya,
"Cuma, saya minta kepada semua pihak di luar sana supaya meneliti fakta sebenar dan mengelakkan fitnah (berkenaan kes ini) sebab saya lihat sangat viral (tular) fitnah kiri dan kanan yang sangat tidak berasas.
"Berpolitik, politik juga tetapi fitnah jangan diamalkan sebab ia tanggungjawab kita dengan tuhan, kalau nak jawab dihadapan tuhan, silakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Dungun, di sini pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri berkata, pandangannya berhubung isu tersebut turut senada dengan apa disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris dan ADUN Chukai, Hanafiah Mat.
"Saya tak nak komen (lebih lanjut) cuma saya rasa cukup dengan apa yang disebut oleh ADUN Chukai dan ADUN Kijal yang juga selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum ini," ujar beliau.
Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan insiden seorang lelaki dipukul di hadapan orang ramai di pasar tani tersebut.
Siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca apabila mangsa yang menunggang motosikal telah memasuki tapak jualan lalu terlanggar sebuah gerai menyebabkan barangan jualan di gerai tersebut terjatuh dan bertaburan di atas jalan.
Susulan itu, beberapa individu yang berada di lokasi tersebut dipercayai telah telah bertindak memukul mangsa.
Insiden mangsa dipukul menarik perhatian ramai setelah rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat mengenai kejadian tersebut tular di media sosial sejak pagi Jumaat.
...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️