'Jangan bawa masuk masalah negeri lain ke Negeri Sembilan' - MB
1 day ago
SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tidak mahu masalah negeri lain dibawa masuk ke negerinya berhubung insiden pelupusan sisa babi dari negeri jiran di bawa ke Port Dickson setelah menerima aduan daripada penduduk.
Aminuddin berkata, pihaknya mengarahkan penguatkuasaan tegas dilakukan bagi mengekang isu tersebut berterusan.
"Kita tak nak masalah yang berlaku di negeri lain dibawa ke Negeri Sembilan, saya juga berharap penguatkuasaan perlu bertindak tegas.
"Kita telah minta Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan jabatan veterinar, PDRM serta PBT (pihak berkuasa tempatan) untuk turun sama melihat apa perkara boleh laksanakan, kita ikut saluran dan peraturan, apa yang boleh dilakukan, kita akan lakukan," katanya mengulas aduan penduduk Kampung Baru Site A tentang bau busuk di kawasan tersebut.
Penduduk mengesyaki terdapat aktiviti pemprosesan bangkai haiwan secara haram dan berharap isu itu dapat diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan dan kesihatan penduduk.
Mengulas lanjut Aminuddin berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat jangkitan pada bangkai babi itu dan sisa itu di bawa lokasi ke lokasi berkenaan untuk pelupusan melalui kaedah penanaman.
Ujar beliau, aktiviti itu adalah di bawah pengetahuan tuan tanah yang membenarkan kebunnya dijadikan tempat menanam sisa tersebut.
"Apabila kita dapat maklumat orang kampung, kita telah mengambil tindakan namun ia masih berlaku sekali lagi, jadi kita harap ia tidak berulang.
"Kita telah nasihat dengan tuan tanah. Walaupun dapat persetujuan pemilik tapi kita perlu lihat juga sebab sisa itu datang dari luar," katanya.
Tegasnya, beliau tidak mahu kes sama berulang dan tidak mahu Negeri Sembilan menjadi tempat 'simpanan' masalah.
"Sebelum ini berlaku toksik dibuang Negeri Sembilan, sekarang pula lupus babi dari negeri lain kemudian hantar ke sini, Negeri Sembilan bukan tempat pelupusan," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️