Lelaki ditemui lemas di Sungai Sedim
1 day ago
KULIM - Lelaki yang dikhuatiri hilang ketika mandi di Sungai Sedim di sini ditemui lemas selepas lebih sejam operasi pencarian dilaksanakan.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, mangsa ditemui oleh orang awam yang membuat selaman di lokasi kejadian sekitar jam 11.30 pagi Sabtu."Bagaimanapun identiti mangsa dianggar berusia 20-an itu masih belum dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui."Mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di lokasi perkelahan itu kira-kira jam 10.05 pagi Sabtu.Panggilan kecemasan MERS 999 diterima pada jam 10.06 pagi memaklumkan kejadian, membolehkan sebuah jentera FRT dari BBP Kulim Hi Tech dengan kekuatan enam anggota bergegas ke lokasi bagi melaksanakan operasi pencarian....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️