Harimau kumbang jantan seberat 43kg masuk perangkap dalam kebun durian
1 day ago
JELEBU – Seekor harimau kumbang jantan dianggarkan seberat 43 kilogram berjaya ditangkap selepas masuk ke dalam perangkap yang dipasang di sebuah kebun durian di Kampung Baru Pertang, di sini pada Sabtu.Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pemilik kebun berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi.Menurutnya, perangkap berkenaan telah dipasang sejak 1 Julai lalu susulan aduan berkenaan kehadiran haiwan liar tersebut di kawasan kebun terbabit."Pasukan dari Unit Kawalan Hidupan Liar (UKHM) Perhilitan Negeri Sembilan tiba di lokasi pada jam 10.30 pagi dan mendapati seekor harimau kumbang jantan telah masuk ke dalam perangkap yang dipasang."Pemeriksaan lanjut mendapati haiwan tersebut mengalami kecederaan di bahagian ekor dan terdapat kesan darah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau tidak menolak kemungkinan terdapat lebih daripada seekor harimau kumbang di kawasan itu."Disyaki terdapat harimau kumbang lain di lokasi aduan dan perangkap akan dipasang semula dalam masa terdekat."Sementara itu, harimau kumbang yang berjaya ditangkap akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️