Komuniti sekolah bantah projek pencakar langit berhampiran SJKT Cheras

22 hours ago

Komuniti sekolah bantah projek pencakar langit berhampiran SJKT Cheras
KUALA LUMPUR – Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Cheras membantah pembinaan projek pencakar langit setinggi 42 tingkat yang terletak berhampiran sekolah berkenaan.Pengerusi LPS, V Kumar Veeran dan Yang Dipertua PIBG, Mageswari Vera Raja dalam satu kenyataan bersama berkata, projek hasil usaha sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menimbulkan risiko serius terhadap keselamatan, kesihatan dan prestasi akademik pelajar.Menurut mereka, tapak seluas 0.8 ekar berkenaan sepatutnya diberikan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk dijadikan padang dan kawasan hijau bagi kegunaan sekolah."Projek berketumpatan tinggi ini terlalu hampir dengan sekolah. Terdapat gangguan bunyi, pencemaran udara dan habuk yang berterusan akibat kerja-kerja pembinaan, selain bahaya trafik di luar sekolah rendah dan sebuah taska."Projek ini juga mengambil masa sekitar empat tahun untuk disiapkan, maka murid terpaksa menanggung risiko dalam tempoh yang lama," katanya.Menurut kenyataan itu lagi, projek berkenaan telah dibantah sejak 2005 dan dihentikan pada 2016, namun dimulakan semula pada tahun lalu."Permintaan pihak sekolah agar tapak tersebut dijadikan padang dan dewan telah dikemukakan sejak 2005 tetapi masih belum mendapat maklum balas," katanya.Tambah kenyataan tersebut, keselamatan pelajar turut terancam dengan kehadiran jentera berat, treler dan lori pembinaan yang melalui jalan di hadapan sekolah setiap hari.Dalam pada itu, komuniti sekolah mendakwa DBKL tidak bersikap telus dalam pengendalian projek tersebut."Kami telah menyuarakan kebimbangan ini selama lebih 10 tahun. Tiada sebarang libat urus dengan pihak sekolah."Satu-satunya makluman yang kami terima daripada DBKL hanyalah pengumuman bahawa projek ini telah diluluskan," katanya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description