Pelayar Web Microsoft Edge Kini Memaparkan Kandungan Laman Web Dengan Lebih Pantas
1 day ago
Terkini, Microsoft mengatakan bahawa pelayar web tersebut telah dikemaskini sekali lagi untuk membolehkannya memaparkan laman web pada kadar yang lebih pantas. Melalui hantaran terbaru mereka, pihak pembangun di Microsoft telah memerhatikan bahawa pengguna secara lazimnya hanya akan menunggu 300-400ms (milisaat) untuk kandungan sebuah laman web tertera sebelum mereka akan berasa tidak puas hati.

Anggaran paparan kandungan ini, yang dinamakan First Contentful Paint (FCP) memperlihatkan berapa lamakah masa yang diambil untuk media ataupun kandungan kecil tertera di skrin apabila pemaparan kandungan pada pelayar web sedang berlaku.
Satu lagi metrik ialah Large Contentful Paint (LCP) yang melihat berapa lamakah kandungan “besar” seperti latar belakang akan dipaparkan apabila sebuah laman web sedang dimuat-turun ke skrin. Kedua-dua terma FCP dan LCP ini diperkenalkan oleh Google sebagai metrik untuk melihat betapa pantas pelayar web Google Chrome mereka boleh memaparkan kandungan-kandungan tertentu.
Ia tidak mengejutkan bahawa Microsoft juga menggunakan piawaian FCP ini kerana secara teknikalnya, Microsoft Edge dibina menggunakan rangka Chromium yang sama digunakan untuk membina pelayar web Google Chrome.
Dengan ini, pihak Microsoft mengatakan bahawa dengan kemaskini pelayar web Microsoft Edge terbaru, mereka mendapati bahawa mereka telah berjaya untuk memastikan bahawa kandungan FCP dimuat-turun pada pelayar web dalam masa kurang dari 300ms.
Apabila dibandingkan dengan kemaskini Edge sebelum ini, Microsoft mengatakan bahawa ia kini boleh memaparkan kandungan FCP pada kadar 40 peratus lebih pantas dan kini lebih cepat dalam memaparkan 13 ciri pelayar web, seperti membuka menu tetapan, menunjukkan kandungan dalam mod split-screen dan lebih cekap dalam memaparkan kandungan kerja melalui web.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free