Saluran YouTube BFM Radio Digodam Dan Dipadam

17 hours ago

Saluran YouTube BFM Radio Digodam Dan Dipadam
BFM Radio 89.9 merupakan salah satu daripada radio tempatan popular yang memfokuskan kepada kandungan perniagaan dan sahsiah diri, dan cukup popular di kalangan mereka yang mahu mengetahui maklumat berkaitan dunia perniagaan di Malaysia dan serantau.

Hari ini, laman YouTube stesen radio tersebut telah digodam dan menyiarkan kandungan penstriman, sama seperti banyak insiden yang berlaku sebelum ini pada laman-laman YouTube popular yang lain.

Pihak BFM Radio sedar akan perkara ini, dan telah mengeluarkan kenyataan tentang insiden tersebut, dan telah meminta orang ramai yang mengikuti saluran YouTube tersebut untuk tidak menonton sebarang kandungan baru ataupun video yang distrim melalui saluran tersebut.

Walaupun begitu, apabila kami melihat semula kepada pautan saluran tersebut, kami telah menemui bahawa akaun tersebut telah dipadamkan kerana melanggar garis panduan komuniti YouTube. Buat masa ini BFM Radio masih belum mengesahkan lagi jika mereka akan berjaya memulihkan akses kepada saluran tersebut, atau jika mereka perlu membuka saluran baru.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description