12 hari terkandas gara-gara kesesakan jalan raya
1 day ago
BEIJING –Bayangkan jika anda terkandas dalam kesesakan jalan raya selama hampir dua minggu, tanpa makanan, air atau jalan keluar.Itulah yang dialami ratusan ribu pengguna jalan raya di China apabila berdepan jalan sesak terburuk dalam sejarah negara itu yang berlaku pada Ogos 2010.Portal Oddity Central melaporkan, kesemua kenderaan terbabit tersangkut di Lebuh Raya Nasional 110 China, sepanjang lebih 100 kilometer, menyebabkan laluan utama dari Inner Mongolia ke Beijing lumpuh sepenuhnya selama 12 hari.Insiden bermula pada 14 Ogos apabila kerja pembaikan jalan dan peningkatan trafik menyebabkan kesesakan teruk.Ribuan lori membawa arang batu dan bahan binaan menambahkan tekanan pada lebuh raya yang ketika itu sudah 60 peratus melebihi kapasiti asalnya.Menurut laporan, kesesakan itu menyebabkan kenderaan hanya bergerak sekitar satu kilometer sehari, memaksa pemandu dan penumpang bermalam dalam kenderaan masing-masing di bawah cuaca panas.Melihat peluang, penduduk tempatan menyediakan gerai bergerak menjual makanan, air dan rokok dengan harga melambung.Sebotol air yang biasanya berharga 1 yuan dijual sehingga 15 yuan (RM9.80) di lokasi tersebut.Pihak berkuasa cuba mengurangkan kesesakan dengan membenarkan lebih banyak lori memasuki Beijing pada waktu malam, namun keadaan hanya kembali pulih selepas 12 hari.Walaupun tidak diiktiraf secara rasmi sebagai rekod jalan sesak terpanjang di dunia, insiden ini kekal sebagai antara yang paling terkenal, bahkan mempunyai halaman khusus di Wikipedia.Ia juga dikenang sebagai simbol kekacauan logistik paling parah dalam sejarah lebuh raya moden dunia. – Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️