Polis tahan lelaki sakit mental buat ugutan jenayah, samun kedai di Alor Gajah

15 hours ago

Polis tahan lelaki sakit mental buat ugutan jenayah, samun kedai di Alor Gajah

ALOR GAJAH: Polis menahan seorang lelaki yang memiliki masalah mental kerana disyaki melakukan empat ugutan jenayah dan samun bersenjatakan pisau di sini malam tadi dan hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata pihaknya yang menggerakkan Op Kesan berjaya menahan lelaki berusia 40 tahun itu di Kelemak di sini kira-kira 11.15 pagi tadi.

Beliau berkata laporan pertama diterima polis pada 11.39 malam tadi setelah suspek melakukan ugutan jenayah di sebuah pasar mini di Taman Mutiara di sini dan kira-kira empat jam kemudian, lelaki itu dipercayai bertindak membaling batu ke arah pintu cermin sebuah stesen minyak di Kelemak sebelum menunjukkan pisau kepada petugas kaunter serta menyerang seorang penunggang motosikal di premis berkenaan.

“Seterusnya suspek disyaki terlibat melakukan ugutan jenayah bersenjatakan parang dan samun di sebuah kedai serbaneka di pekan Alor Gajah pada 4 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis telah merampas senjata yang digunakan lelaki itu dan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Ashari berkata semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai masing-masing enam rekod lampau kes jenayah dan narkotik dengan kes disiasat di bawah Seksyen 506, Seksyen 394 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Gajah bagi proses reman,” katanya. – Bernama

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from The Sun Daily ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description