Prism+ Melancarkan Pendingin Hawa Luna Eco Dan Penapis Udara Nexa Di Malaysia – Harga Bermula RM279

2 days ago

Prism+ Melancarkan Pendingin Hawa Luna Eco Dan Penapis Udara Nexa Di Malaysia – Harga Bermula RM279
Prism+ meluaskan produk rumah pintar dengan dua pelancaran baharu iaitu pendingin hawa Luna Eco dan penapis udara siri Nexa.

Luna Eco merupakan pendingin hawa inverter pertama mereka untuk pasaran Malaysia. Ia hadir dengan pilihan kuasa 1.0HP, 1.5HP, dan 2.0HP serta penarafan 4 bintang untuk kecekapan tenaga. Ia menyokong penyejukan sehingga 18,000 BTU/h untuk prestasi penyejukan konsisten dengan penjimatan tenaga sehingga 37% berbanding model bukan inverter.

Luna Eco turut dilengkapi ciri pintar seperti kawalan aplikasi PRISM+ Connect, penapis udara pelbagai lapisan, dan penggunaan refrigeran R32 yang mesra alam dan cekap tenaga. Jaminan penuh sehingga tujuh tahun disediakan bagi mereka yang melaksanakan penyelenggaraan berkala melalui servis Prism+ yang diiktiraf.

Selain Luna Eco, Prism+ turut memperkenalkan siri penapis udara Nexa yang terdiri daripada model Nexa dan Nexa Pro. Direka untuk memenuhi keperluan ruang berbeza, Nexa sesuai digunakan dalam kawasan seluas 322 kaki persegi manakala Nexa Pro ideal untuk ruang sehingga 474 kaki persegi. Kedua-duanya menampilkan sistem penapisan udara yang menyeluruh termasuk HEPA H13, karbon aktif bagi menyerap gas berbahaya, sterilisasi UV bagi membasmi bakteria dan sensor kualiti udara masa nyata.

Harga pratempahan bermula dari RM279 untuk Nexa dan Nexa Pro berharga RM429. Sementara itu, Luna Eco dijual di Malaysia pada harga bermula RM899 (1.0HP), RM999 (1.5HP) dan RM1499 (2.0HP). Kedua-dua produk boleh didapati secara eksklusif di sekarang.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description