U Mobile, EDOTCO merintis pengalaman ULTRA5G di Mandarin Oriental

1 day ago

U Mobile, EDOTCO merintis pengalaman ULTRA5G di Mandarin Oriental
KUALA LUMPUR - Kerjasama U Mobile dan EDOTCO selaku rakan infrastruktur digital menjadikan Mandarin Oriental Kuala Lumpur (MO) hotel pertama di Malaysia dilengkapi pengalaman ULTRA5G.Dipacu rangkaian 5G generasi baharu U Mobile, kerjasama itu membolehkan liputan penuh 5G di setiap tingkat dan tetamu yang melanggan pelan U Mobile akan menikmati pengalaman ULTRA5G dengan faedah seperti sambungan ultra-pantas tanpa gangguan di seluruh dewan, bilik mesyuarat, ruang acara serta kawasan perkongsian tetamu.Semua ini direalisasikan melalui pemasangan penyelesaian liputan dalam bangunan (IBC) yang komprehensif di seluruh hotel.Ketua Pegawai Teknologi U Mobile, Woon Ooi Yuen berkata, pengalaman ULTRA5G kini boleh dinikmati di Mandarin Oriental dengan infrastruktur liputan 5G dalam bangunan EDOTCO yang memastikan kesalinghubungan 5G lancar di setiap tingkat."Inisiatif terbaharu ini akan membuka jalan kepada aplikasi hotel pintar berasaskan 5G dengan kelebihan seperti kecekapan, keselamatan serta pengalaman tetamu yang dipertingkat, selain membolehkan pengalaman baharu seperti penstriman langsung persidangan 4K atau mesyuarat maya ultra-immersif yang akan memacu hotel serta sektor MICE ke tahap lebih tinggi."Ini hanyalah permulaan perjalanan 5G kami bersama EDOTCO, kami akan terus membawa pengalaman ULTRA5G ke lebih banyak lokasi berimpak tinggi di seluruh negara termasuk lapangan terbang, hospital dan pusat konvensyen sekali gus menggariskan komitmen kami untuk menyediakan liputan 5G paling meluas dan menyeluruh di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.Sementara itu, Pengarah Perniagaan EDOTCO Malaysia, Gayan Koralage berkata, syarikatnya berbangga menjadi rakan pertama U Mobile dalam melaksanakan liputan 5G dalam bangunan."Model hos-neutral EDOTCO memastikan pelaksanaan lebih pantas, menghapuskan aset berlebihan serta menawarkan pengalaman digital unggul."Dengan menawarkan platform ini, EDOTCO memastikan pemilik bangunan, pengendali dan penyedia teknologi dapat berhubung dengan lancar, seterusnya membuka pengalaman digital lebih baik untuk rakyat Malaysia di samping memacu manfaat ekonomi yang lebih meluas untuk negara," katanya.Dalam pada itu, KLCC Property Holdings Berhad (KLCCP) yang memiliki pelbagai portfolio hartanah ikonik di Kuala Lumpur City Centre termasuk MO menyambut baik naik taraf kesalinghubungan di hotel tersebut.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KLCCP, Datuk Sr Mohd Salem Kailany, ketersediaan 5G di Mandarin Oriental adalah langkah penting dalam future-proofing pengalaman tetamu, memperkukuh kedudukan Kuala Lumpur City Centre sebagai destinasi utama bagi hospitaliti, MICE dan pelancongan."Kerjasama antara U Mobile dan EDOTCO ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penyewa dan tetamu kami, tetapi juga menyumbang kepada perjalanan transformasi digital Malaysia yang bermula dari nadi ibu negaranya," katanya.Pelaksanaan pengalaman ULTRA5G di MO selaras pengumuman yang dibuat di Mobile World Congress awal tahun ini di Barcelona, di mana U Mobile mengiktiraf EDOTCO sebagai salah satu rakan IBC pilihannya.Justeru, U Mobile dan EDOTCO akan terus bekerjasama rapat dalam peluasan pengalaman ULTRA5G seterusnya meneroka kemungkinan baharu untuk pengguna, perusahaan dan industri, dengan matlamat mencapai 80 peratus Liputan Kawasan Berpenduduk (CoPA) menjelang separuh kedua 2026. ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description