Suspek kes tembakan Charlie Kirk enggan bekerjasama - Gabenor Utah
1 day ago
WASHINGTON - Suspek dalam kes tembakan yang mengorbankan aktivis konservatif Charlie Kirk enggan bekerjasama dengan pihak penyiasat, kata Gabenor Utah, Spencer Cox pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa)."Suspek setakat ini tidak memberikan kerjasama," kata Cox kepada penyiar NBC.Menurut beliau, suspek berusia 22 tahun itu berasal daripada keluarga konservatif tetapi berpegang kepada "ideologi berhaluan kiri", serta banyak menghabiskan masa di "dark internet, budaya Reddit dan laman-laman gelap lain."Cox juga berkata, media sosial memainkan peranan langsung dalam setiap pembunuhan dan cubaan pembunuhan yang kita saksikan sejak lima atau enam tahun lalu.Kirk, 31, penyokong tegar Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ditembak di bahagian leher ketika berucap pada satu acara di universiti pada Rabu lalu dan kemudian meninggal dunia akibat kecederaan.Pegawai negeri menyifatkan kes itu sebagai pembunuhan bermotif politik dan menyatakan mereka akan menuntut hukuman mati.Kirk tidak pernah memegang jawatan awam, namun dia merupakan tokoh berpengaruh dalam politik konservatif akar umbi, mengetuai pertubuhan belia Turning Point USA, mengendalikan podcast popular dan mempunyai jutaan pengikut di media sosial.Turning Point USA memaklumkan ia akan menganjurkan upacara peringatan di sebuah stadium berkapasiti 60,000 tempat duduk berhampiran Phoenix pada 21 September.Trump dilaporkan mungkin menghadiri pengebumian Kirk. - Bernama...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️