Perlu bincang dengan PERKESO teliti bentuk bantuan kepada pengamal media - Fahmi

1 day ago

Perlu bincang dengan PERKESO teliti bentuk bantuan kepada pengamal media - Fahmi
GEORGE TOWN – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil meminta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengadakan perbincangan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi meneliti bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada pengamal media mengikut keperluan serta risiko tugas masing-masing.Menurutnya, wartawan bukan sahaja mempunyai kepakaran berbeza malah bentuk tugasan mereka juga tidak seragam, sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko kesihatan dan keselamatan yang berlainan."Jurufoto dan jurukamera misalnya perlu memikul peralatan berat yang boleh menyebabkan masalah bahu dan 'slip disc'. Wartawan lapangan pula berdepan risiko cuaca dan kemalangan."Sebab itu saya minta pihak Bernama adakan perbincangan lanjut dengan PERKESO supaya kita dapat teliti apa bentuk bantuan yang sesuai untuk keadaan berbeza dalam kalangan wartawan," katanya selepas menyampaikan Tabung Kasih@HAWANA Santuni Pengamal Media Pulau Pinang di Ayer Itam, di sini pada Isnin.Pada majlis itu, Fahmi menyerahkan sumbangan kepada wartawan Kwong Wah Yit Poh, Choo Kar Chun, 44 yang sedang berdepan masalah pendengaran bagi kedua-dua telinganya.Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Kar Chun merupakan penerima ke-22 di Pulau Pinang dan penerima ke-500 di seluruh negara di bawah inisiatif tersebut."Saya turut meminta maklumat tambahan bagi membantu menggantikan alat bantuan pendengaran yang lebih sensitif untuk Kar Chun agar dia dapat terus menjalankan tugas dengan baik."Insya-ALLAH, saya akan ambil beberapa tindakan susulan termasuk berhubung dengan Ahli Parlimen, Ramkarpal Singh dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim untuk melihat sama ada PERKESO juga boleh membantu," katanya.Mengulas mengenai jumlah penerima Tabung Kasih@HAWANA, Fahmi berkata, sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan sejak dua tahun lalu dan setakat ini seramai 500 penerima menerima manfaat tersebut."Kita tidak menetapkan kuota tahunan, tetapi saya sudah memberi komitmen kepada kelab-kelab media negeri bahawa jika ada kes tertentu, mereka boleh terus berhubung dengan Bernama untuk kita salurkan bantuan segera," katanya.Sementara itu, Kar Chun menyatakan kesyukuran dan amat terharu dengan sumbangan yang disampaikan Fahmi kepadanya."Terima kasih kepada YB Fahmi untuk sumbangan ini. Saya amat terharu kerana kerajaan sangat mengambil berat terhadap warga media," katanya.Bercerita lanjut, Kar Chun berkata, dia mula mengalami masalah kurang pendengaran pada Oktober 2024 dan hanya menyedarinya selepas membuat pemeriksaan kesihatan."Saya pada mulanya tidak dengar sebelah telinga sahaja sebelum kedua-dua telinga terus tak dengar. Selepas pemeriksaan, saya perlu pakai alat bantuan pendengaran yang setiap satu bernilai RM4,000."Menurut doktor masalah kurang pendengaran itu mungkin disebabkan semasa bekerja sebagai wartawan kerana perlu dengar audio rakaman berulang kali," katanya.Tambahnya, alat bantuan pendengaran tersebut penting kerana ia dapat membantunya bekerja dengan lebih baik....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description