Hujan lebat tak halang Hajiji tinjau mangsa banjir, tanah runtuh

20 hours ago

Hujan lebat tak halang Hajiji tinjau mangsa banjir, tanah runtuh
KOTA KINABALU – Hujan lebat dan berterusan pada Isnin tidak menghalang Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ‘turun padang’ meninjau keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Penampang dan Putatan.Tinjauan bermula di PPS Kampung Sarapung yang menempatkan mangsa banjir dan tanah runtuh sebelum beralih ke Putatan.Hajiji berkata, beliau mahu melihat secara dekat situasi banjir di beberapa lokasi serta keadaan mangsa yang terjejas."Saya dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri yang diketuai bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Seri Safar Untong, meninjau secara fizikal di lapangan untuk mengetahui keadaan yang berlaku supaya kita memahami banjir, tanah runtuh dan sebagainya, sekali gus menyalurkan bantuan kepada mangsa terlibat."Kerajaan akan beri bantuan dalam satu dua hari ini. Semua mangsa banjir dan tanah runtuh akan menerima bantuan kerajaan negeri serta Persekutuan. Pihak Yayasan Kebajikan Negeri juga akan memberikan bantuan," katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatannya ke PPS pada Isnin.Hajiji berkata, kerajaan negeri melalui JPBN sentiasa bersiap siaga dalam memberikan bantuan segera kepada rakyat yang berhadapan musibah, terutama ketika musim hujan berterusan."Kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal kebajikan rakyat. Setiap mangsa bencana akan dibantu sewajarnya supaya mereka tidak berasa terpinggir," katanya.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada agensi kerajaan, pasukan keselamatan serta sukarelawan yang bertungkus-lumus menguruskan PPS dan membantu memindahkan mangsa banjir dengan selamat.Katanya, kerjasama erat semua pihak amat penting dalam memastikan keselamatan, keselesaan serta kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan ketika berdepan bencana alam.Bagi menzahirkan keprihatinan terhadap nasib mangsa banjir, beliau mahu melihat sendiri keadaan mereka dan seterusnya menyampaikan bantuan daripada kerajaan.Dalam tinjauannya, beliau turut diberi taklimat oleh Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Penampang (MPPg), Normi Dyena John Tren, sebelum mengagihkan bantuan kepada 40 Ketua Isi Rumah (KIR)."Bantuan berupa wang tunai dan bakul makanan yang disalurkan oleh JPBN itu adalah bagi meringankan beban mangsa yang terjejas akibat banjir, selain memastikan kebajikan mereka sentiasa terjamin sepanjang berada di PPS," katanya.Pada masa sama, beliau mengingatkan semua wakil rakyat dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) supaya memantau dengan rapat situasi bencana di kawasan masing-masing.Beliau menyifatkan bencana yang melanda beberapa daerah di Sabah kali ini agak teruk berikutan banjir dan tanah runtuh yang menjejaskan ramai penduduk serta kawasan."Bukan sahaja banjir, malah tanah runtuh turut berlaku dan bekalan elektrik serta air juga terputus, agak teruk kali ini."Sebab itu kita batal sambutan Hari Malaysia esok kerana lebih prihatin untuk membantu mangsa di beberapa daerah yang dilanda bencana ini," katanya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description