Agrobank tawar moratorium enam bulan kepada pelanggan terjejas banjir
13 hours ago
AGROBANK mengumumkan tawaran moratorium selama enam bulan bagi membantu pelanggan sedia ada di seluruh negara yang terkesan akibat bencana banjir khususnya di Sabah.Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, bantuan meliputi penangguhan bayaran balik pembiayaan sehingga enam bulan kepada pelanggan Agrobank yang layak dan terjejas akibat bencana itu."Kami memahami kesukaran dihadapi pelanggan akibat banjir baru-baru ini. Agrobank sentiasa proaktif dalam menyediakan bantuan khusus untuk meringankan beban mereka dan kami berharap moratorium ini dapat memberi sokongan yang diperlukan sepanjang tempoh mencabar ini."Saya dimaklumkan bahawa sebahagian pelanggan mengalami kerosakan harta benda, ladang dan aktiviti pertanian. Kejadian ini secara langsung menjejaskan sumber pendapatan dan kelangsungan perniagaan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Tambah beliau, terdapat juga pelanggan yang memerlukan penangguhan sementara untuk menumpukan usaha memulihkan semula perniagaan."Pelanggan yang layak boleh memohon kemudahan moratorium ini bagi membina semula perniagaan masing-masing."Pegawai kami juga akan menghubungi pelanggan terjejas untuk membantu mereka mengharungi situasi ini," ujar beliau.Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Banjir Agrobank, sila hubungi Pusat Panggilan Agrobank di 1-300-88-2476 atau boleh memohon di laman sesawang Agrobank di www.agrobank.com.my atau berkunjung ke mana-mana cawangan Agrobank. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️