Trump dilayan bak raja

12 hours ago

Trump dilayan bak raja
LONDON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump diiringi Wanita Pertama, Melania mengadakan lawatan negara kali kedua ke Britain yang menerima sambutan bak seorang raja pada Rabu.Trump menjadi pemimpin politik pertama zaman moden yang diberi kunjungan istimewa itu selepas lawatan pertama beliau pada 2019 dihoskan oleh mendiang Ratu Elizabeth II.Beliau bersama Melania turut menghadiri jamuan negara bersama keluarga diraja dan disapa mesra bakal pewaris takhta, Putera William dan isterinya, Kate Middleton di Istana Windsor.Bilionair hartanah itu juga diberi layanan khas setelah bertemu Raja Charles III apabila dibawa menaiki kereta kuda ke istana tersebut selain menyaksikan upacara Beating Retreat disertai kira-kira 200 askar yang pertama kali diadakan sempena lawatan negara dan disusuli persembahan udara oleh pasukan Red Arrows daripada Tentera Udara Diraja Britain.Trump dalam satu kenyataan memuji hubungan istimewa antara AS dan Britain meskipun pemimpin tersebut menentang keras rancangan Perdana Menteri, Keir Starmer yang mahu mengiktiraf negara Palestin."Ikatan persaudaraan dan identiti antara kedua-dua negara ini adalah tidak ternilai. Ia tidak dapat diganti dan tidak dapat dipatahkan," katanya menerusi ucapan ketika menghadiri jamuan mewah di Istana Windsor.Kehadiran Trump juga tidak disenangi sebahagian besar rakyat negara itu setelah beliau secara terang-terangan bersekongkol dengan perang genosid di Genting Gaza.Kumpulan penunjuk perasaan anjuran kempen Stop Trump itu dilaporkan berhimpun di tengah London dan turut melaungkan slogan mengutuk Presiden ke-47 AS tersebut dan membawa bendera kebangsaan Palestin. - Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description