Grab Malaysia perkasa komuniti pemandu menerusi kerjasama GiatMara, peneraju automotif

15 hours ago

Grab Malaysia perkasa komuniti pemandu menerusi kerjasama GiatMara, peneraju automotif
GRAB Malaysia menjalin kerjasama dengan GiatMara serta peneraju automotif, BYD Sime Motors dan Carsome bagi memperkasakan kemahiran komuniti pemandunya.Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti Grab, Rashid Shukor berkata, melalui kerjasama itu, rakan pemandu dan penghantar Grab berpeluang menaik taraf kemahiran, membuka akses kepada perkhidmatan bernilai tinggi serta beralih kepada kenderaan elektrik (EV) demi kelestarian jangka panjang."Kerjasama kami dengan GiatMara melalui GrabAcademy memperkasa rakan pemandu dan penghantar dengan kursus peningkatan serta latihan semula kemahiran agar mereka dapat terus berdaya saing, sama ada di dalam mahupun di luar ekosistem Grab."Inisiatif ini juga menyokong usaha berterusan kerajaan dalam memperkasa segmen ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Ujar Rashid, menerusi usaha tersebut, Grab dan GiatMara akan memperluas akses kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi komuniti pemandu Grab."Ia memberi tumpuan kepada kemahiran praktikal dan berdaya kerja seperti keselamatan kenderaan, operasi logistik, pengetahuan asas elektrik serta kenderaan elektrik (EV)."Selain itu, turut merangkumi kemahiran perkhidmatan digital dan pelanggan serta pengurusan perusahaan kecil dan kewangan," katanya.Menurut beliau, program berkenaan menggabungkan modul dalam talian yang fleksibel melalui GrabAcademy dengan latihan amali di pusat GiatMara."Ia membolehkan rakan pemandu dan penghantar mempelajari kemahiran mengikut kadar mereka sendiri sambil memperoleh pengalaman dunia sebenar," ujarnya.Sementara itu, beliau berkata, kerjasama Grab dengan BYD Sime Motors akan mempercepatkan kadar penggunaan EV di negara ini, bermula dengan fasa awal yang menawarkan 10 kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik BYD M6 yang boleh ditempah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Katanya, melalui kerjasama berkenaan, rakan pemandu yang layak boleh menikmati rebat sehingga RM25,000 serta rebat khas dua peratus bagi perkhidmatan kenderaan yang dibayar secara tunai.Tambah Rashid, dalam masa sama, kerjasama berterusan Grab dengan Carsome turut memperluas akses kepada pilihan naik taraf dan tukar beli kenderaan pada harga mampu milik."Rakan pemandu yang layak boleh menikmati diskaun sehingga RM3,000 untuk pembelian atau tukar beli kenderaan melalui platform Carsome."Bagi menyokong lagi usaha penambahbaikan, Grab turut menawarkan baucar minyak sekali beri bernilai sehingga RM1,000 bergantung kepada jenis perkhidmatan GrabCar dan tertakluk kepada syarat perjalanan yang ditetapkan, sekali gus menyediakan laluan lebih menjimatkan untuk rakan pemandu."Melalui kerjasama bersama rakan industri kukuh seperti BYD Sime Motors dan Carsome, kami menjadikan penambahbaikan ini lebih mudah diakses, di samping memberi manfaat harian kepada komuniti kami," katanya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description