Hak 40 peratus Sabah: Semakan semula hasil perlu disertai audit bebas kerajaan negeri
1 day ago
SHAH ALAM - Semakan semula hasil perlu disertai dengan langkah konkrit termasuk pelaksanaan audit bebas bersama kerajaan negeri Sabah bagi menilai jumlah dapatan sebenar sejak tahun 1974 termasuk tempoh yang tidak pernah disemak.Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata, langkah lain termasuk laporan berkala kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Sabah serta penubuhan mekanisme semakan tetap supaya hak Sabah tidak lagi tertangguh atau diabaikan pada masa hadapan."Keputusan ini bukan penamat perjuangan, tetapi permulaan kepada pembetulan sejarah."Sabah tidak menuntut lebih daripada yang dijanjikan, kami hanya menuntut agar janji Persekutuan ditunaikan dengan adil, berprinsip dan berlandaskan semangat rakan kongsi dalam MA63," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Datuk Celestina Stuel Galid yang menyifatkan pemberian khas yang dibuat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah sebagai 'tidak sah, ultra vires dan tidak rasional,' serta melanggar Perlembagaan Persekutuan.Ujar Suhaimi, keputusan tersebut merupakan titik pembetulan sejarah terhadap kelalaian hampir lima dekad yang mana semakan hasil Sabah tidak pernah dilaksanakan secara menyeluruh sejak tahun 1974.Menurutnya, ia bukan sekadar soal peratusan hasil, tetapi soal integriti dan tanggungjawab kerajaan dalam menunaikan amanah Perlembagaan serta kepercayaan rakyat Sabah."Kini, tanggungjawab sebenar terletak di tangan Kerajaan Persekutuan untuk membuktikan bahawa semangat MA63 bukan sekadar slogan, tetapi komitmen yang diterjemahkan dalam tindakan."Kerajaan Persekutuan mesti melaksanakan keputusan ini dengan ikhlas, telus dan segera."Keadilan fiskal bukan pemberian, tetapi hak yang dijamin oleh Perlembagaan," ujar beliau.Kata Suhaimi, UMNO Sabah turut menghormati dan mengagumi perjuangan berani serta berterusan yang dilaksanakan oleh Sabah Law Society (SLS) dalam memperjuangkan hak negeri ini melalui landasan undang-undang."Keberanian mereka membawa isu 40 peratus hasil Sabah ke Mahkamah membuktikan keutuhan prinsip, ketelusan niat dan keikhlasan dalam menegakkan keadilan Persekutuan," menurutnya. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️