Lelaki 74 tahun kahwin gadis 24 tahun, lesap selepas majlis
1 day ago
PACITAN - Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun mencetuskan kekecohan di Jawa Timur selepas dilaporkan membayar mas kahwin berjumlah 3 bilion rupiah (RM850,000) untuk mengahwini seorang wanita berusia 24 tahun, yang 50 tahun lebih muda daripadanya.Majlis perkahwinan mewah itu berlangsung pada 1 Oktober lalu di Pacitan, apabila lelaki berkenaan, dikenali sebagai Tarman mengumumkan pernikahannya dengan Shela Arika di hadapan ratusan tetamu dan menyerahkan sekeping cek bernilai tiga bilion rupiah kepada pengantin perempuan.Menurut pasukan juruvideo perkahwinan yang diupah, mereka pada awalnya dimaklumkan jumlah mas kahwin hanya 1 bilion rupiah (RM283,000), namun ia tiba-tiba "ditingkatkan" tiga kali ganda semasa majlis berlangsung.Beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan suasana meriah di dewan mewah itu dengan tetamu bersorak ketika Tarman menyerahkan cek besar bernilai jutaan rupiah berkenaan kepada pengantin.Menariknya, tetamu pula menerima sumbangan tunai 100,000 rupiah (RM28) sebagai cenderamata.Namun kemeriahan majlis itu tidak kekal lama. Syarikat fotografi yang diupah mendakwa pasangan pengantin tersebut menghilangkan diri tanpa melunaskan bayaran dan terus memutuskan semua bentuk komunikasi selepas majlis tamat.Spekulasi pantas merebak di media sosial, mendakwa Tarman bukan sahaja gagal membayar penyedia perkhidmatan majlis, malah melarikan diri menaiki motosikal milik keluarga pengantin perempuan.Ada juga yang mendakwa cek bernilai tiga bilion rupiah itu palsu.Seorang individu dipercayai saudara kepada pengantin perempuan meluahkan rasa kecewa dalam siaran langsung di media sosial, mendakwa keluarganya sudah berulang kali memberi amaran kepada Shela supaya berhati-hati, namun wanita itu tetap meneruskan perkahwinan tersebut.Didesak dengan pelbagai tuduhan, Tarman kemudian tampil menafikan semua dakwaan, menyatakan bahawa mas kahwin itu benar-benar wujud dan dikeluarkan oleh Bank Central Asia (BCA).Dia turut menafikan dakwaan kononnya telah meninggalkan isterinya."Saya tidak lari. Saya masih bersama isteri saya," katanya dalam kenyataan di media sosial. Keluarga Shela turut menegaskan perkara sama, mendakwa pasangan itu "sedang berbulan madu" dan bukannya melarikan diri.Polis kini menjalankan siasatan terhadap aduan yang dikemukakan oleh syarikat jurufoto berhubung bayaran perkhidmatan yang tidak dilunaskan.Kes berprofil tinggi itu terus menjadi bualan hangat netizen, dengan pelbagai pihak mempertikaikan sama ada perkahwinan itu didorong oleh cinta sejati atau wang semata-mata. - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️