Mangsa cilik diserang kejam, kulit kepala disiat dua kanak-kanak

1 day ago

Mangsa cilik diserang kejam, kulit kepala disiat dua kanak-kanak
OHIO - Dua kanak-kanak di Ohio berdepan sembilan pertuduhan termasuk cubaan membunuh, penculikan dan merogol mangsa berusia lima tahun di bawah kes menggemparkan Amerika Syarikat (AS).Menurut pihak berkuasa, dua pesalah juvana itu ialah kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan budak perempuan berumur 10 tahun."Mangsa ditinggalkan dalam keadaan berlumuran darah, kulit kepala disiat dan hampir tidak dapat dikenali kerana serangan ganas itu yang berlaku di Cleveland pada 13 September lalu," ujar Pejabat Pendakwa Raya Daerah Cuyahoga pada Rabu.Menerusi temu bual New York Post bersama ibu mangsa, anaknya ditinggalkan sebentar di rumah rakan keluarganya sebelum dilaporkan hilang."Dia akhirnya ditemui terbaring dalam keadaan mengerikan di tengah padang. Seluruh tubuhnya dibasahi darah," kata ibunya sambil menangis teresak-esak.Kanak-kanak malang itu dirawat selama kira-kira seminggu di hospital dan masih trauma kerana kejadian tersebut."Dia menjerit ketakutan 'mereka bunuh saya' sejurus sedarkan diri. Bayangkan perasaan saya ketika itu. Kanak-kanak lima tahun sepatutnya tidak mengerti maksud perkataan 'bunuh'," ujar wanita itu lagi yang identitinya dirahsiakan.Sementara itu, Jabatan Polis Cleveland memaklumkan mereka tidak dapat mendedahkan maklumat lebih terperinci kerana 'sifat sensitif' kes tersebut dan enggan menjejaskan proses siasatan. - Agensi ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description