Pantai Klebang bertukar ‘lautan manusia’ gara-gara pesta kerang

1 day ago

Pantai Klebang bertukar ‘lautan manusia’ gara-gara pesta kerang
MELAKA – Fenomena luar biasa melanda Pantai Klebang apabila kawasan pesisir pantai popular itu menjadi tumpuan ratusan pengunjung sejak beberapa hari lalu berikutan kemunculan kerang hidup.Tinjauan di lokasi mendapati orang ramai mula memenuhi kawasan pantai seawal jam 7 pagi untuk mencari kerang hidup yang timbul selepas air laut surut secara luar biasa sejak seminggu lalu.Pengunjung dari Sungai Putat, Batu Berendam, Roszana Johari, 29, berkata, dia mengetahui pantai riadah itu umpama pesta selepas tular di media sosial dan sudah dua kali mencari kerang di situ.Menurutnya, biarpun mencabar kerana perlu berjalan dalam selut yang tebal, namun pengalaman yang jarang ditemui itu sekali gus memberi rezeki kepada keluarganya."Dah dua kali saya mencari kerang bersama keluarga, ini pengalaman pertama mencari kerang dan seronok rasa walaupun pakaian kotor."Seku­rang-kurangnya kita dapat bawa balik lauk untuk keluarga dan sedikit sebanyak dapat menambahkan lauk-pauk kami tanpa perlu mengeluarkan wang," katanya yang bekerja sendiri.Bagi Azman Baba, 54, dari Bukit Rambai, dia kebiasaannya hanya menjala udang, namun kali ini tidak melepaskan peluang untuk mencari kerang dan mampu membawa pulang kira-kira lima kilogram (kg) kerang.Menurutnya, lebih lima tahun lalu fenomena seperti ini pernah berlaku, namun tidak menyangka ‘pesta’ kerang berlaku lagi sekali gus memberi rezeki kepada orang ramai dan menceriakan suasana."Selalunya orang ramai hanya berada di pesisiran pantai, namun kali ini kita dapat lihat ramai orang berada dalam pantai, tidak mengira peringkat umur dan bangsa."Saya tahu lepas dah tular, tapi saya mencari kerang untuk makan sendiri dan bukan untuk dijual. Sekurang-kurangnya dapatlah jimat wang belanja lauk," katanya.Tinjauan turut mendapati kebanyakan mereka yang datang membawa bersama bekas seperti baldi, penapis dan karung plastik untuk mengutip serta menyimpan kerang.Sementara itu, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin berkata, fenomena itu boleh dijadikan salah satu tarikan pelancongan kerana pengunjung yang hadir bukan sahaja dari Melaka, malah dari luar negeri ini."Kalau tempohnya panjang, mungkin pihak berkuasa tempatan (PBT) dan saya akan bincang apa yang boleh kita promosikan lagi tentang ‘pesta’ ini."Di Terengganu ada candat sotong, kalau Melaka mungkin juga boleh ada aktiviti kerang seperti itu," katanya lagi....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description