Amanz
2 days ago
Ahli politik, pakar bidang, pempengaruh dan semua organisma berasaskan karbon dengan kawasan Wernicke di lobus temporal kiri berkongsi pendapat peribadi bagaimana isu ini dapat diselesaikan. Secara majoriti ramai menyalahkan pengaruh media sosial kenapa anak-anak di sekolah kini “rosak dan musnah”. Ramai juga yang saya lihat (termasuk mantan-mantan menteri) ingin hukuman rotan dikembalikan dengan alasan “masa saya sekolah dulu…..” tanpa sekelumit dalil naqli waima aqli ianya berkesan menyelesaikan isu disiplin semasa mereka di sekolah dahulu.

Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi lebih ke hadapan dengan cadangan menguatkuasakan penggunaan eKYC untuk log masuk ke akaun media sosial. Syarikat media sosial pula akan diwajibkan memastikan pengguna bawah 13 tahun tidak mempunyai akaun media sosial.
Izinkan saya menggunakan platform saya yang tidak begitu besar ini untuk mengatakan ini ialah langkah yang amat mencurigakan. Mengapa sebelum sempat sebab kedua-dua insiden in berlaku disahkan oleh pihak Polis, kerajaan sepantas kilat ingin menguatkuasakan sistem yang boleh digunakan untuk pemantauan pengguna sepanjang masa? Mengapa ingin menormalisasikan sistem yang hanya lima tahun dilabel drakonian kerana ia digunakan di negara seperti China, Korea Utara dan Vietnam.
Saya mungkin dalam kalangan minoriti yang merasakan tanggungjawab memantau penggunaan peranti elektronik dan internet sepatutnya di tangan ibu bapa. Semasa saya membesar di dekad 80an dan 90an dahulu, tidak ada rang undang-undang menghalang saya daripada bermain Mortal Kombat, menonton VCR dengan kandungan yang tidak ditapis atau melayari laman web udang harimau.
Kedua-dua orang tua memantau sesi permainan video. Saya main Sega Megadrive di TV hadapan dan baba duduk di belakang sambil membaca Harakah. Kalau baba tak ada, arwah mama ambil alih tugas duduk di belakang memantau sambil menjahit. PC di rumah pula sentiasa di ruang tamu bersebelahan telefon (kerana kabel telefoni modem 56K pendek!). Tidak ada masa saya boleh menggunakan internet tanpa mata baba mama sentiasa melihat apa yang dilakukan seakan Sauron memantau Frodo

Ibu bapa moden seharusnya lebih cakna dengan risiko penggunaan peranti tanpa had. TV, konsol permainan video dan komputer dengan internet kini di dalam tangan anak. Bukan lagi statik ruang tamu seperti zaman kita membesar dahulu.
Anda boleh mengaku tidak ada masa untuk memantau aktiviti anak di rumah kerana anda sendiri dicandu oleh telefon pintar di tangan. Tak perlu malu dan enggan mengaku. Saya sendiri angkat tangan sekarang mengaku bersalah lalai di rumah kerana ketagihan dengan Reddit dan Twitter.
Kerana menyedari kelemahan ini, saya gunakan teknologi sedia ada untuk melakukan pemantauan aktiviti anak saya. Telefon pintar Android milik beliau dipasang dengan Google Family Link. Menerusi Family Link saya tetapkan aplikasi yang boleh dipasang, melihat had waktu penggunaan aplikasi, tapisan laman web yang boleh dilawati, melihat statistik penggunaan mingguan dan menjejak lokasi anak sepanjang masa.

Anak saya tiada langsung akaun media sosial kerana Gen Alpha melihat media sosial sebagai “platform mommy daddy” yang langsung tidak menarik. Dia bermain Roblox dengan semua tetapan pemesejan telah saya matikan bagi mengelakkan berhubung dengan orang yang tidak dikenali. Berita budak 14 tahun ]]>...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free