Pasir Mas antara bandar uzur Kelantan - PLANMalaysia

13 hours ago

Pasir Mas antara bandar uzur Kelantan - PLANMalaysia
KOTA BHARU – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) mengenal pasti negeri Kelantan masih berdepan cabaran beberapa bandar uzur termasuk Pasir Mas yang memerlukan penambahbaikan segera.Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa, Datuk Dr Alias Rameli berkata, walaupun pembangunan baharu sedang rancak berjalan di negeri itu, realiti di lapangan menunjukkan masih terdapat bandar-bandar lama yang memerlukan perhatian segera."Pasir Mas satu ketika dahulu pusat tumpuan, meriah, hidup dan menjadi destinasi keluarga dari negeri-negeri jiran kerana berada di sempadan."Tetapi kini lesu dan memerlukan revitalisasi atau dihidupkan semula secara menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Kelantan bertema Revitalisasi Bandar: Agenda Perancangan untuk Ummah di sebuah hotel di sini pada Ahad.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal.Menurut Alias, beberapa kawasan di bandar itu perlu dipulihkan, merangkumi aspek landskap, laluan pejalan kaki, jalan dan penyusunan semula aliran trafik serta taman awam.Beliau berkata, usaha revitalisasi bandar lama kini menjadi agenda penting pihaknya bagi memastikan berfungsi sebagai zon ekonomi, sosial dan pelancongan.Jelasnya, pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal menjadi faktor kritikal dalam menghidupkan semula Pasir Mas."Dengan stesen utama di Tunjong dan cadangan landasan tambahan menuju ke Rantau Panjang, kami percaya limpahan ekonomi akan berlaku ke Pasir Mas secara langsung," katanya.Bagi memastikan pembangunan lebih tersusun, beliau memaklumkan bahawa semua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan diberikan pelan tindakan khas bagi memudahkan mereka memohon dana pembangunan daripada kerajaan negeri atau Persekutuan."Kami sediakan pelan, dokumen, malah pelbagai skim pembiayaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan seperti projek bandar selamat, bandar pintar dan pembinaan Taman Rekreasi Madani bernilai RM500,000."PBT perlu mohon peruntukan untuk disalurkan," katanya.Meskipun mengakui masih terdapat bandar uzur di negeri itu, Alias menegaskan Kelantan turut mencatat pencapaian penting apabila semua 12 PBT berjaya mencapai status Bandar Mampan 2025 setara dengan negeri-negeri maju lain."Pengiktirafan tersebut menepati indikator antarabangsa."Kami juga melihat aspek kesejahteraan sosial, tahun lepas Jeli dan tahun ini Kuala Krai bandar paling bahagia di Malaysia, berdasarkan 42 indikator seperti tahap stres, kejiranan serta penyertaan komuniti."Ini menunjukkan ada kekuatan dalaman yang Kelantan sudah pun capai," katanya.Dalam pada itu, beliau memberitahu, ibu negara Kuala Lumpur tidak tersenarai dalam kelompok 20 bandar paling bahagia di Malaysia berdasarkan indikator sama."Isu-isu besar yang membelenggu ibu kota seperti trafik padat, tekanan hidup tinggi serta kos perumahan meningkat menjadi faktor utama kedudukannya jauh daripada bandar-bandar lain dalam aspek kebahagiaan," katanya.  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description