Putin tandatangani undang-undang luaskan senarai asas pemecatan pekerja migran

11 hours ago

Putin tandatangani undang-undang luaskan senarai asas pemecatan pekerja migran
MOSCOW - Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani satu undang-undang yang meluaskan senarai asas untuk pemecatan warganegara asing, menurut dokumen yang diterbitkan di portal rasmi akta perundangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.Undang-undang itu meluaskan asas untuk menamatkan kontrak pekerjaan terhadap warganegara asing, termasuk kes majikan diwajibkan mengurangkan jumlah pekerja asing selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh entiti konstituen dalam Persekutuan Rusia, seperti yang diguna pakai di bawah undang-undang persekutuan.Sejak 2014, wilayah Rusia mempunyai hak untuk mengenakan sekatan terhadap pengambilan pekerja asing yang memasuki Rusia dengan visa dan majikan diwajibkan mengurangkan jumlah pekerja asing selaras dengan langkah itu.Pelanggaran peraturan wilayah sedemikian boleh membawa kepada denda tinggi sehingga 1 juta rubel (US$12,300) atau penggantungan operasi. Undang-undang buruh sedia ada bagaimanapun tidak menetapkan larangan wilayah sebagai asas untuk menamatkan kontrak pekerjaan.Undang-undang baharu itu memasukkan sekatan wilayah ke dalam senarai asas bagi pemecatan warganegara asing. - Bernama  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description