Triumph Street Triple 765 RX Special Edition, hanya setahun sahaja!

2 days ago

Triumph Street Triple 765 RX Special Edition, hanya setahun sahaja!

Triumph Motorcycles memperkenalkan Street Triple 765 RX Special Edition yang hanya tersedia untuk tempoh satu tahun pengeluaran sahaja.

Enjin tiga silinder 765cc menjana kuasa puncak 130 ps pada 12,000 rpm dan tork maksimum 80Nm pada 9,500 rpm.

Kuasa dihantar melalui kotak gear 6-kelajuan yang dilengkapi dengan klac slip & assist dan Triumph Shift Assist untuk penukaran gear ke atas dan ke bawah tanpa klac yang lancar.

Motosikal ini mempunyai kapasiti tangki 15 liter.

Casis dan Komponen Gred Litar

Motosikal ini dilengkapi dengan suspensi hadapan Öhlins NIX30 terbalik dan penyerap hentak belakang tunggal Öhlins STX40.

Kedua-dua unit boleh dilaras sepenuhnya untuk peredam mampatan, lantunan dan pra-beban.

Kuasa henti yang unggul disalurkan melalui angkup Brembo Stylema empat piston berkembar yang dipadankan dengan cakera terapung 310 mm, bersama silinder induk radial Brembo MCS.

Hendal clip-ondireka untuk posisi menunggang yang agresif dan rendah, membantu penunggang untuk beraksi di litat dengan lebih bersemangat.

Motosikal ini mempunyai berat basah 188 kg dan ketinggian tempat duduk 839 mm.

Gaya Eksklusif dan Reka Bentuk Edisi Khas

RX Special Edition menampilkan gaya eksklusif yang memberi penghormatan kepada RX asal.

Motosikal dihasilkan dalam kemasan utama Matt Aluminium Silver diserlahkan oleh subrangka belakang dan roda aloi Diablo Red yang menyerlah.

Motosikal ini tampil eksklusif dengan upper yokeyang dimesin dengan jitu, logo RX daripada laser pada penyenyap (silencer) dan tempat duduk khas berjenama RX.

Teknologi Fokus Penunggang

Paparan TFT 5 inci penuh warna yang jelas menyediakan antara muka yang intuitif untuk penunggang.

Ciri-ciri keselamatan termasuk mod ABS Track khusus untuk campur tangan minimal di litar, serta Optimised Cornering ABS dan Kawalan Cengkaman.

Harga

Di United Kingdom, Street Triple 765 RX Special Edition boleh ditempah pada harga permulaan £12,895 (RM 70,084.72) dan bakal tiba di bilik pameran pengedar bermula Januari 2026.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Engear TV ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description