Tragedi kebakaran terburuk di Hong Kong

10 hours ago

Tragedi kebakaran terburuk di Hong Kong
HONG KONG – Sekurang-kurangnya 55 orang terkorban dan lebih 100 cedera manakala ratusan masih hilang selepas kebakaran besar memusnahkan kompleks pangsapuri di Hong Kong.Kejadian yang dikatakan paling dahsyat dalam beberapa dekad ini bermula pada Rabu petang di Wang Fuk Court, sebuah kompleks lapan blok dengan 2,000 unit kediaman di daerah Tai Po yang kini sedang menjalani kerja penyelenggaraan.Pada Khamis, polis mengumumkan seramai tiga lelaki ditahan berkaitan dengan kebakaran itu selepas bahan mudah terbakar yang ditinggalkan semasa kerja penyelenggaraan menyebabkan api merebak dengan pantas secara tidak terkawal.Premis berasingan turut diperiksa, dengan dokumen berkaitan suspek dibawa bagi membantu siasatan terhadap tindakan mereka yang disyaki cuai teruk, termasuk meninggalkan pembungkusan polimer buih (bahan mudah terbakar) di lokasi kebakaran.Jurufoto AFP yang berada di lokasi selepas subuh melihat beberapa unit masih terbakar, walaupun api dilaporkan semakin reda. Api mula merebak daripada perancah buluh pada beberapa blok 31 tingkat.Penduduk tempatan, termasuk seorang lelaki berusia 65 tahun bernama Yuen berkata, dia telah menetap di situ lebih 40 tahun dan ramai jiran yang lanjut usia mungkin sukar bergerak."Tingkap ditutup kerana penyelenggaraan, sesetengah orang tidak sedar tentang kebakaran dan terpaksa diberitahu melalui panggilan telefon oleh jiran. Saya sangat terkejut dan hati saya hancur," kata Yuen.Mangsa dan kecederaanTurut terkorban ialah seorang anggota bomba berusia 37 tahun yang ditemui dengan luka melecur di muka selepas hilang hubungan dengan rakan sekerja, menurut Pengarah Perkhidmatan Bomba, Andy Yeung.Seorang jurucakap kerajaan berkata, 56 orang dirawat di hospital dengan 16 dalam keadaan kritikal dan 16 stabil.Sementara itu Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee, memaklumkan 279 individu masih tidak dapat dikesan, walaupun pihak bomba kemudian berjaya menghubungi sebahagian daripada mereka. Lebih 900 orang mencari perlindungan di pusat sementara.Cabaran operasi penyelamatanTimbalan Pengarah Operasi Perkhidmatan Bomba, Derek Armstrong Chan berkata, suhu di lokasi sangat tinggi dan terdapat beberapa tingkat yang belum dapat diakses untuk menyelamatkan mereka yang memohon bantuan.Api dipercayai merebak dari satu bangunan ke bangunan lain akibat angin kuat, namun siasatan terhadap punca kebakaran masih dijalankan.Beberapa bahagian perancah hangus dan api dapat dilihat menembusi tingkap pangsapuri, menghasilkan cahaya jingga yang menyeramkan. Penduduk dipindahkan menggunakan bas besar, manakala jalan raya berhampiran ditutup bagi membolehkan operasi.Presiden China, Xi Jinping turut menyampaikan ucapan takziah termasuk kepada anggota bomba yang terkorban ketika bertugas. - AFPINFOLokasi: Wang Fuk Court, Tai Po, Hong KongTarikh kejadian: Rabu, 27 November 2025Mula kejadian: Api marak di bahagian perancah buluh pada beberapa bangunan kediaman di Wang Fuk Court, yang terdiri daripada lapan menara setinggi 31 tingkat dengan keseluruhan 1,984 unit.Punca: Masih disiasat; bahan binaan mudah terbakar, perancah buluh, jaring, plastik, disyaki mempercepat kebakaran.Faktor penyebaran: Angin sekitar 14 km/j pada waktu kebakaran.Tindakan: Polis menahan tiga pekerja syarikat pembinaan atas kecuaian melampau. Siasatan telah dilancarkan ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description