Iran rampas kapal tangki minyak asing bawa 6 juta liter diesel seludup
17 hours ago
TEHRAN - Iran telah merampas sebuah kapal tangki minyak asing membawa enam juta liter diesel seludup di Teluk Oman, melaporkan Xinhua, memetik agensi berita negara IRIB pada Jumaat.Kapal itu itu dirampas oleh pegawai kehakiman Iran pada Khamis di perairan wilayah Iran berhampiran bandar pelabuhan selatan Jask sebagai sebahagian usaha memerangi rangkaian dan penyeludup bahan api utama, lapor IRIB memetik Mojtaba Ghahremani, Ketua Hakim wilayah selatan Hormozgan.Beliau berkata, kapal terbabit tidak memiliki dokumen maritim yang diperlukan dan bil muatan untuk kargo bahan apinya, sambil menambah ia telah mematikan semua sistem navigasi dan bantuan pelayarannya.Ghahremani berkata, terdapat 18 anak kapal di atas kapal itu, yang dikenal pasti sebagai warganegara India, Sri Lanka dan Bangladesh. - Bernama/Xinhua ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

