Amanz
15 hours ago
Terbaru, tidak ketinggalan adalah Brave, dan telajh memperkenalkan ciri pelayaran dikuasakan kecerdasan buatan. Brave buat masa ini, menguji ciri ini melalui versi Brave Nightly, dan mungkin memperluaskannya sekiranya ia berjalan lancar.

Untuk makluman, Brave sedia menambah sokongan Leo untuk memudahkan anda bertanya pelbagai perkara. Melalui integrasi pelayaran dikuasakan kecerdasan buatan, ia membolehkan pengguna memberikan arahan, dan seterusnya pelayar web tersebut sendiri akan melayari beberapa web, melakukan analisa, dan melaksanakan apa yang diminta. Sebagai contoh, pengguna boleh minta melakukan anailisa berkaitan sesuatu topik, melakukan pembelian, dan sebagainya.
Brave sendiri mengatakan ia diuji pada peringkat Nightly, memandangkan pelbagai perkara menjadi kerisauan pengguna, termasuk dari segi sekuriti, akses kepada data, dan lain-lain. Untuk langkah ini juga, ia menggunakan profil pelayaran berasingan, termasuk dari segi simpanan kuki, data log masuk, dan lain-lain berbanding pelayaran web biasa.
Sekiranya anda berminat untuk mengujinya, boleh memuat-turun .
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

