Wanita Turkiye mengaku anak kandung Trump
14 hours ago
ANKARA - Seorang wanita Turkiye berusia 55 tahun tampil mendakwa dirinya sebagai anak kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.Necla Ozmen dengan yakin menyatakan Trump bapa kandungnya dan dia hanya memerlukan sampel daripada pemimpin tersebut untuk membuktikan dakwaan tersebut."Saya tidak mahu timbulkan sebarang masalah. Saya hanya mahu dedahkan kebenaran. Saya boleh buktikan dengan ujian DNA. Jika Trump seorang bapa yang baik pastinya beliau tidak akan menolak saya," katanya.Necla dibesarkan di Ankara oleh kedua-dua ibu bapanya, Sati dan Dursun Ozmen.Wanita itu mengetahui tentang statusnya sebagai anak angkat pada 2017."Ibu angkat saya dihampiri seorang wanita Amerika dikenali sebagai Sophia yang menyerahkan saya kepadanya," ujarnya.Walaupun tiada bukti kukuh, Necla merayu agar Trump bersetuju untuk menjalani ujian DNA.Pada September 2025, sebuah mahkamah di Ankara menolak permohonan wanita itu untuk melakukan ujian paterniti kerana bukti yang dikemukakan tidak mencukupi untuk memulakan prosedur sedemikian.Necla tidak berputus asa malah bertindak menghantar beberapa petisyen ke Kedutaan AS di Turkiye dan mahkamah di Washington serta masih menanti jawapan yang tidak pasti. - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

