Sekurang-kurangnya 21 petugas terkorban dalam serangan berniat jahat pada 2025 - PBB

16 hours ago

Sekurang-kurangnya 21 petugas terkorban dalam serangan berniat jahat pada 2025 - PBB
NEW YORK - Sekurang-kurangnya 21 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibunuh dengan sengaja semasa menjalankan tugas tahun lepas, jumlah yang lebih besar berbanding gabungan dua tahun sebelumnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Jawatankuasa Kesatuan Sekerja PBB pada Khamis.Menurut jawatankuasa itu, daripada jumlah berkenaan, seramai 12 orang merupakan anggota pengaman PBB yang ditugaskan untuk membantu mengekalkan keamanan di pelbagai pelosok dunia, manakala selebihnya adalah kakitangan awam.Data menunjukkan bahawa 21 kes pembunuhan sengaja itu melepasi kira-kira lima kes yang direkodkan pada 2024 dan sekurang-kurangnya 11 kes pada 2023.Mangsa yang terkorban pada 2025 terdiri daripada warga Bangladesh, Sudan dan Sudan Selatan, Afrika Selatan, Uruguay, Tunisia, Bulgaria, Ukraine, Kenya, Zambia serta wilayah Palestin.Angka kematian tertinggi direkodkan di kawasan Abyei sepanjang sempadan Sudan - Sudan Selatan yang melibatkan enam kakitangan, manakala masing-masing tiga kematian berlaku di Republik Demokratik Congo dan Republik Afrika Tengah.Selain itu, angka menunjukkan bahawa seramai 119 kakitangan Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) terkorban semasa perang Gaza tahun lepas, walaupun mereka bukan disasarkan secara sengaja. - Bernama  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description