Ribut musim sejuk besar ancam lebih 120 juta penduduk AS

12 hours ago

Ribut musim sejuk besar ancam lebih 120 juta penduduk AS
WASHINGTON - Jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS) kini bersiap sedia menghadapi kemungkinan salah satu ribut musim sejuk terbesar yang melanda negara itu dalam tempoh beberapa tahun, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat dan laporan media pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).Lebih 120 juta penduduk AS atau lebih satu pertiga daripada jumlah keseluruhan populasi bakal berpotensi terjejas pada hujung minggu ini, menurut ABC News.Ribut berkenaan dijangka merentasi lebih 3,000 kilometer kawasan di seluruh negara, lapor The Washington Post.Hujan ribut dan salji diramalkan melanda negeri-negeri selatan, sebahagian kawasan Midwest serta Pantai Timur, dengan kemuncak dijangka berlaku pada Ahad, termasuk kawasan metropolitan New York dan ibu negara, Washington.Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memberi amaran mengenai jalan raya berais serta keadaan perjalanan yang berbahaya.Gabungan salji dan angin kencang berpotensi mengurangkan jarak penglihatan secara ketara, selain menyebabkan pokok tumbang serta gangguan bekalan elektrik.Peramal cuaca kebangsaan turut memberi amaran mengenai risiko hipotermia dan radang dingin, serta menasihatkan penduduk agar melindungi haiwan peliharaan daripada cuaca sejuk. Angin kencang juga dijangka menyebabkan suhu dirasai menjadi lebih rendah.Di negeri selatan Texas, pengurusan kecemasan negeri telah diaktifkan bagi membantu tindak balas terhadap sebarang insiden, menurut Gabenor Greg Abbott. Langkah itu termasuk pemantauan bekalan elektrik dan bantuan pembersihan jalan raya sekiranya berlaku kecemasan. - Bernama...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description