Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL diturunkan kepada RM400 

10 hours ago

Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL diturunkan kepada RM400 
PUTRAJAYA - Kadar sewa tapak bazar Ramadan 2026 di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diturunkan daripada RM500 kepada RM400 untuk meringankan kos penjaja kecil.Menteri di Jabatan Perdana  Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, pengurangan RM100 itu bertujuan meringankan beban kos yang ditanggung penjaja kecil serta mengelak sebarang beban kewangan yang tidak munasabah."Kadar caj yang sama turut diwajibkan ke atas persatuan penjaja bagi meringankan kos penjaja kecil khasnya (yang berniaga) di bazar Ramadan di bawah seliaan DBKL," katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.Beliau berkata, kadar caj maksimum RM400 itu termasuk kanopi dan insurans liabiliti awam bagi melindungi penjaja daripada risiko kecederaan atau kerosakan harta benda awam semasa operasi perniagaan dijalankan. Hannah menegaskan sebarang amalan sublet (menyewakan), jual beli tapak atau pengambilan untung berlebihan adalah dilarang sama sekali, dan  tindakan penguatkuasaan akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pelanggaran termasuk melibatkan penganjur. Penganjuran bazar Ramadan tahun ini akan diadakan di sembilan lokasi bawah seliaan DBKL, manakala 32 lokasi pula dikendalikan persatuan penjaja.Beliau berkata, bagi menjaga kualiti dan kawalan harga makanan di bazar, DBKL bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membuat pemeriksaan setiap hari sepanjang Ramadan."Saya berharap bila kita turunkan kadar caj, peniaga juga akan munasabah dari segi harga makanan (yang dikenakan) kepada pelanggan warga Kuala Lumpur. Saya juga mahu persekitaran bazar sentiasa bersih," katanya.Sementara itu, Hannah berkata, sewa tapak bazar Ramadan 2026 bagi kawasan Putrajaya dikekalkan seperti sebelum ini, iaitu pada kadar RM1,000.Hannah berkata, Kerajaan Madani melaksanakan penambaikan menyeluruh terhadap penganjuran bazar Ramadan 2026 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaras dengan komitmen memperkukuh tadbir urus, melindungi kebajikan penjaja kecil serta menjaga kepentingan awam."Penganjuran bazar tahun ini berteraskan prinsip tersusun, telus, berintegriti dan adil melalui pengurusan yang jelas melibatkan kawal selia pihak berkuasa tempatan, penglibatan komuniti serta keutamaan kepada keselesaan pengguna," katanya. - Bernama          ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description