Prabowo terkejut Indonesia berjaya 'tewaskan' AS indeks rakyat paling bahagia
10 hours ago
JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan hasil kajian Universiti Harvard yang menunjukkan rakyat Indonesia berada dalam kelompok paling bahagia dan optimis di dunia.Beliau berkongsi perkara itu sewaktu berucap pada Annual Meeting The World Economic Forum (WEF) 2026 di Davos, Switzerland pada Khamis."Beberapa hari lalu, saya terkejut. Gallup dan Universiti Harvard melakukan kajian terhadap ratusan negara dan mendapati rakyat Indonesia adalah yang paling bahagia. Negara membangun dengan masyarakat paling optimis," kata Prabowo.Kajian bertajuk Global Flourishing Study itu melibatkan lebih 203,000 responden di 22 negara, menilai pelbagai indikator seperti kesihatan, kebahagiaan, makna hidup, karakter, hubungan sosial, ketahanan kewangan dan aspek kerohanian.Dalam kajian yang dijalankan bersama Gallup dan Center for Open Science itu, Indonesia menduduki tangga teratas dalam tahap kesejahteraan menyeluruh, diikuti Israel, Filipina dan Mexico.Amerika Syarikat pula berada di kedudukan ke-12, manakala Britain di kedudukan ke-20 daripada 22 negara.Para penyelidik menekankan bahawa kesejahteraan bukan hanya berkait dengan wang atau kesihatan fizikal semata-mata."Berkembang itu bersifat multidimensi, dan setiap negara membangun dengan cara tersendiri. Negara maju mungkin tinggi dari segi keselamatan kewangan, tetapi rendah dari segi makna hidup, hubungan sosial, dan karakter pro-sosial," jelas mereka.Hasil kajian menunjukkan skor perkembangan rakyat Indonesia ialah 8.3, diikuti Israel (7.87), Filipina (7.71), Mexico (7.64), dan Poland (7.55).Indonesia menonjol dalam aspek hubungan sosial dan karakter pro-sosial, faktor penting yang mengukuhkan komuniti dan jaringan sosial.Sebaliknya, Jepun mencatat skor paling rendah iaitu 5.89, diikuti Turkiye (6.32), Britain (6.79), India (6.87) dan Sepanyol (6.9).Walaupun lebih kaya dan mempunyai jangka hayat lebih panjang, rakyat Jepun dilaporkan kurang mempunyai rakan rapat.Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Mental Health itu menegaskan bahawa kebahagiaan dan kesejahteraan tidak semestinya bergantung kepada ekonomi semata-mata, malah meningkat mengikut usia.Kajian ini menjadi pengingat bahawa negara berpendapatan rendah hingga sederhana, seperti Indonesia, mampu mencapai prestasi tinggi dalam kesejahteraan menyeluruh. - Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

