RM11.53 juta perkasa pekebun kecil getah di Johor

9 hours ago

RM11.53 juta perkasa pekebun kecil getah di Johor
KOTA TINGGI – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Johor menerima peruntukan sebanyak RM11.53 juta pada tahun ini bagi pembangunan komuniti pekebun kecil.Pengerusinya, Manndzri Nasib berkata, peruntukan berkenaan akan dimanfaatkan sepenuhnya melalui empat komponen utama yang akan memperkukuhkan sektor komoditi getah negara.Jelas beliau, program berkenaan ialah Program Penanaman Semula Getah, Program Pengembangan dan Pemindahan Teknologi, Program Produktiviti dan Pemasaran, serta Program Usahawan dan Agromakanan."Sehingga kini RISDA Johor menyelia seramai 17,883 orang pekebun kecil dengan keluasan tanaman getah mencecah 21,587 hektar di seluruh negeri, sekali gus menjadikan Johor antara negeri penting dalam landskap industri getah negara."RISDA Johor komited memastikan kebajikan serta taraf hidup pekebun kecil di negeri ini terus dipertingkatkan, khususnya dalam mendepani cabaran ekonomi semasa yang semakin mencabar," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur Peringkat RISDA Negeri Johor di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, di sini, pada Sabtu.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Hahasrin Hashim; Pengarah Bahagian Bekalan Input Pertanian RISDA mewakili Pengurusan RISDA, Esa Rahimin dan Pengarah RISDA Negeri Johor, Muhd Khairuddahri Abd Rahman.Pada majlis sama, beliau turut menyempurnakan penyerahan kit petugas kepada 29 orang Penggerak Watan RISDA (PEWARIS) sebagai usaha memperkasakan peranan dan tugas mereka membantu agensi di peringkat lapangan.RISDA juga menyampaikan sumbangan bakul asas makanan kepada 200 penerima selaku inisiatif kebajikan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selaras dengan Aspirasi Desa Madani.Selain itu, sebanyak 26 masjid, 36 surau, lapan pusat tahfiz serta sebuah pertubuhan anak yatim di dalam Parlimen Tenggara turut menerima sumbangan Ihya Ramadan dalam program berkenaan.Dalam pada itu, Mandzri yang juga Ahli Parlimen Tenggara berkata, RISDA turut menawarkan kerjasama strategik dengan kerajaan negeri Johor bagi mengenal pasti dan membangunkan tanah-tanah berpotensi sebagai estate getah berskala besar.Menurut beliau, RISDA sedia menjalinkan kerjasama secara "joint venture", termasuk melalui kaedah sewaan atau pajakan, tertakluk kepada rundingan bersama."RISDA mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelestarian industri getah negara dengan membangunkan ladang getah berskala besar di lokasi strategik."RISDA turut mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri Johor untuk mengenal pasti tanah di bawah agensi berkaitan seperti Majlis Agama Islam, Perbadanan Islam Johor, Baitulmal Johor atau institusi lain yang mempunyai tanah terbiar untuk pembangunan dalam jangka panjang," ujarnya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description