Ketua Pentagon tidak tolak kemungkinan kewujudan makhluk asing
12 hours ago
WASHINGTON - Setiausaha Perang Amerika Syarikat (AS) Pete Hegseth pada Selasa tidak menolak kemungkinan mengenai kewujudan makhluk asing sambil menyatakan bahawa maklumat khusus akan didedahkan selepas jabatannya menerbitkan data berkaitan objek terbang tidak dikenal pasti (UFO), lapor Sputnik/RIA Novosti."Kita akan lihat. Saya akan membuat semakan dan mengetahuinya," kata Hegseth ketika ditanya sama ada makhluk asing wujud.Pada masa sama, setiausaha itu berkata, beliau tidak pernah membayangkan bahawa penerbitan fail mengenai hidupan luar angkasa akan menjadi sebahagian daripada tugasnya sebagai ketua Pentagon.Kakitangan jabatan itu sudah mula menjalankan tugas berkaitan isu berkenaan, namun masih belum dapat dipastikan tempoh yang diperlukan, tambah Hegseth.Terdahulu pada Februari, bekas presiden Barack Obama mengakui dalam temu bual bersama hos audio siar AS Brian Cohen bahawa beliau percaya makhluk asing itu adalah nyata, tetapi tidak pernah melihatnya sendiri. Beliau kemudian menjelaskan bahawa sepanjang tempoh pentadbirannya, beliau tidak melihat sebarang bukti mengenai hubungan dengan makhluk asing.Mengulas perkara itu, Presiden Donald Trump berkata, pendahulunya telah mendedahkan maklumat sulit selain berjanji untuk menyiarkan maklumat Pentagon mengenai hidupan luar angkasa dan UFO. - Bernama ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

